Update dah nieh..

Bismillah..

Lama tak update is it. Makin malas. Itu memang terjadik bila otak kurang fungsi n hati mula mati.

Sementara tggu Suboh, baik update cerita2 basi aku pada yg masih bertanya. Malas nk menjawab sorang2. Memang susah kalau menjadi kesayangan ramai. kah3x.. Memang lagi best syok sendirik..

1604
Aku 21. Thanx all my roomate Seha, wani n Sol n Kecik for the cake. Owh thnx ayah sbb remind aku utk isi borang daftar mengundi. Orang politik wish dia mmg lain. Sigh..

25-2804
Final exam. Mmg taik 5 paper dlm 4 hari berturut. chemical reaction n transportation process paper ntah apa jadah aku jawab. Mungkin lecture nnt pown nth apa jadah dia marking tgk jpwn aku yg mcm jadah. So the best is tinggalkan garisan2 bergaris test pad itu dengan tempat kosong biar lecture tolong fill in the blank. Open book punya soalan mmg suck.

Apapun, bye2 semester 4.. Tahulah engkau yg semester ko la aku plg bnyk tak tido malam dan tido 3 jam dlm tempoh 48jam. Oh ye, junior aku mana2 sem depan nak design heat exchanger ngn reactor utk MTBE, carik aku. Aku ada complete report kasik korg free dgn syarat belanja choki2 n secret recipe. markah 9/10. Ok la tuh. nak bnyk mana g. ya gila riak As!!

3004-0105
Aku join jadik krew mytv3 untuk Jom Heboh kat padang MPK Kuantan. Elaun sehari rm50 means 2hari rm100. Dan kerja aku cuma segalanya yg berkaitan dengan belon dan booth. Booth wanita inspirasiku. Ada 2 org yang paling berhingus dikalangan artis2 dan pengacara2 wanita hari ini dan tv3 yang cun muka biasa2 je tuh. Aku dan kawan aku. Yang paling gelap dan muka sememeh itu aku. Bermakna aku jugalah yang paling berhingus.

Apa ko ingat diorang kisah poco2 haram?? Kah3x..
0205
Aku balik Perlis. That time dah banyak hari ayah aku masuk KMC. operate. Something regarding jantung dia. Memang tak best lambat tahu berita tuh. Mungkin sebab tuhan sayang aku. Dah habis paper final baru tahu. Walaupun tak rapat dengan ayah aku, berjumpa jarang, berborak pown jarang apatah lagi bersalam tangan, aku end up nangis the whole nite dalam shower n sambung ke bilik bila tahu benda tuh. Betapa aku homesick rupanya. Muka dingin, dalam hati masih ada taman. masih sayang.

1305
Naik bas balik Kuantan semula. 12jam dalam bas memang la macam jahanammmmmmmm. Bontot dah keras macam ayam panggang. Ntah hape2. Owh ye sepanjang perjalanan hingga ke Temerloh, ada seorang makcik yang melatah setiap setengah jam. Dan latahan makcik itu hanya sesuai untuk kanak2 hingusan berumur 18 tahun ke atas. Guys kat belakang memang macam gampang. Kadang2 bas tak meloncat sakan tapi diorang yang sengaja 'loncatkan' makcik tuh. Teringin nak bangun terajang telor sorang2. Tapi tengok muka sorang2 nafsu terus hilang. Ya. Muka macam beruang. Muka beruang pown tak macam diorang.

15-1905
Aku ponteng minggu pertama short semester. Aku join Kursus Asas Keusahawanan Siswa 5 hari 4 malam dekat Residence Inn, Cherating. Owh ye sesuatu yang tak kena jiwa memang tak best langsung pada mulanya. Yang best cuma makanan kat sana dan pantainya. Tapi lama2 baru terasa rancaknya.
1st time makan lontong. sedap!! aku suka. lontong memang kuah lemak ke??
banyak ilmu baru yang aku belajar. Antara yg best jenis2 perniagaan dan pendaftarannya dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Rancangan perniagaan (RP). Swot Analysis. Imbang duga. Owh ye presentation final dan report memang macam taik. Apa ko expect student engineering tahu buat penyata kira2 tahunan dalam 1 malam. Dan bidasan wakil MARA dan SME Corp memanglah tak best bilamana ko tak tido malam siapkannya. Cair jugak taik telinga. Tapi masih ada ilmu baru disitu. Dan untuk itu, terima kasih

kawan2 aku
Dan aku juga tahu tanaman cili dengan kaedah fertigasi itu boleh dikira sesuatu yang masih baru dalam dunia pertanian. At 1st aku blur, fertigasi, apakah.. The time of presentation of that group, diorg ada tayangkan 1 video basic macam mana tanaman kaedah fertigasi nieh operate. That time aku gelak2 je dalam hati. Teringat abang aku kat Perlis.Kira up to date jugalah abang aku sebab rupa2nya abang aku tanam cili dengan kaedah fertigasi nie la. Percubaan pertama dia kira berjaya la juga dan alhamdulillah sekarang abang aku dah run kali kedua.

itu pasir pantai Cherating.. halus macam bedak lu tahu??
Siapa sangka kursus yang aku pergi kerana merit dan sijil semata2 pada mulanya dapat suntik aku dengan minat untuk involve dalam dunia bisnes. As a starting, aku dan kakak aku mulakan dengan bisnes online jual abaya dari saudi. Siapa2 yang berminat dengan abaya arab, bolehlah godek2 kat sini. Siapa area Kuantan dan Perlis, mungkin boleh beli by hand sendiri dari aku nanti.

Eh dah Subohlah.. Pen off..

2 comments: