"Rugi oooOO0o sapa yang tak smayang"

Bismillah..

photo credit to awin

Orang yang suka bersangka burok, alasan 1st diorang yakin girl akan jawab bila ditanya apsal xsolat, "Aku period". Perhaps yea, there is that kind of people yg menggunakan alasan basi n hingusan utk sorg yg aku kira dah cukup matang utk fikir mana buruk mana baik sesuatu benda. But what happen if that situation goes to the one yang really period that time. Si penyoal pulak lepas dengar that kind of reason masih wat muka curios n xpuas hati. So what the purpose of asking klu u really tak leh accept that kind of reason.

This things happenend at us baru2 nieh bila mana kitorg wat photoshot dkt Masjid Dzahir Alor Setar. Alang2 nak masuk Zohor kitorg tggu la utk solat terus. 4 of us, 3 org tak boleh solat. (sorry amat sungguh sangat jujur sekali tp aku yakin pembaca blog aku semua dah besar malah faham natural phenomena gini. Science Form 3, buku teks warna kuning, chapter 4, tajuk reproduction korg dah blajar all those menstrual cycle bla..bla..bla.. kan) Ok sambung ketidakpuasan hati. Kitorg tak mintak utk serentak okeih!! Ko ingat benda alah nieh ada button on and off macam kipas ke ko boleh control2 bila ko nak period n ko rasa tak nak. Huh!!

Kitorg duduk kat pintu tepi masjid tuh tggu kawan kitorg selesai solat. Ok, selesai jemaah ada sorg akak perhaps around early 30 dtg kat kitorg. Si akak itu bertanya, "Awat tak semayang?" sambil lipat kain telekung dan muka berkerut seribu mcm kitorg pesalah dlm kandang mahkamah. Aku tgk muka dia, terus nak capai boiling point. Darah muda, cepat je nak saturatednya. Tgk aku ngn kawan aku wat bodoh n muka blurr je, maka kwn aku sorg g amik port n respon akak tu. "Tak boleh solat". Akak tuh balas, "Tak boleh semayang tak boleh dok dalam masjid tau". "Yakin tak bocor", jawab kawan aku yakin tanpa bocor2 lagi. Akak tuh terdiam. Mungkin selama nieh dia hanya faham asalkan period, haram masuk masjid. Baguslah gak. Bertambah 1 ilmu akak hari ini. Tak ya kawan2. Sebolehnya elakkanlah berada di masjid bila period sbb masjid tuh tempat yang suci. Bukan apa, takut kita terkotorkan tempat begitu dengan heamoglobin merah itu. Tapi kalau yakin tak bocor, go on!! Tak de salahnya. Rumah Allah untuk kita beribadat. Islam agama yang mudah. Kalau hukumnya haram, mcm mana dengan musafir perempuan yang period yg hanya ada masjid sbg tmpt persinggahan utk berehat? Kalau ada majlis ilmu dkt masjid, haram tak boleh masuk, oooh mcm mana nak menuntut ilmunya. Kesian la gitu. Mana aci!! Minachi.. Aku pown nak ilmu jugak!!

Okeih, dah mati kutu dgn kawan aku, pandangan akak tuh beralih ke 2 org pemerhati yg diam tertunduk2 muka blurr n malas layan sedari tadi. "Nieh pown tak leh smayang jugak ka?". "Tak boleh jugak". Fullstop. Terus dia berlalu pergi dgn muka curios dari tadi sambil cakap dengan pitching plg tggi, "Rugi oooOO0o sapa yang tak smayang".Perrghhhhh.. terbaik punya!!

Ya As Eleyana Ali, kawan-kawan saudara saudari muslimin muslimat sekalian, dengar pesanan nieh baik2 utk peringatan sendiri biar masuk hati tak kuar2 lagi:

1. Rugi oooOO0o sapa yang tak smayang(solat)
Betol tuh!! 100markah utk akak. Orang selalu cakap solat tiang agama. Pentingya macam tiang rumah. Tak ada tiang runtuhlah rumah. Tak ada tayar, xberjalan la kereta. Tak ada denyut jantung, dah nak kena kapan la korang. Malah benda pertama sekali akan dihisab nanti adalah solat. Ko kutuk orang lubang hidung besar ke, peha cornetto ke, kentut bau belacan ke hape itu semua belakang2 baru dia timbang guna neraca besar punya. BESAR PUNYA!! Ikan meggy asam laksa.. Selagi mampu, solat la.. Peringatan utk diri sendiri sbb aku tau aku pown bukan jaga solat sangat. Ayah aku ada pesan, "study sungguh2, smayang, baca doa cikit". Ok la, nasihat yg baik. Tapi antara nasihat yg paling terkesan dkt aku bilamana ayah Awin (kawan aku) pesan dekat Shiela actually before dia g Poland, "Jaga solat, kita jaga solat, Allah pasti jaga kita". Pesanan utk org lain, tp aku yg curik2 dengar plak terkesan lebih. Hua3x.. emotional betol As.. So, korg2.. "Jagalah solat. Dengan jaga solat, InsyaAllah Allah juga akan jaga kita"

2. Beruntunglah mereka2 yang saling menasihati dan memperingati
"Amar makruf nahi mungkar" Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Berapa ramai yang mampu? Yang berani amik port nak tegor2 org? Sungguh, aku amat sungguh sangat respect sekali kepada golongan2 yang berani bersuara mengajak saudara2 semuslim dia yang lain berbuat kebaikan. Mana yang salah, dia tegor. Aku tabik springg sangat dekat akak nieh sbb dalam banyak2 muslimat hari tu, dia sorg je berani datang dan tanya kitorang kenapa tak solat. Sejujurnya aku sendiri tak mampu utk jadi mcm akak tuh. (Err.. sebetolnya aku sentiasa fikir positif, oo dia xsolat mesti la dia period, kalau saja2 malas nak solat apsal nak lepak masjid, baik dia blah pegi karaoke jamban or tengok wayang 3d dekat Jitra Mall je kan). Akak tuh sedar tanggungjawab dia sebagai saudara semuslim, bila mana dia menegur kitorg, tanggungjawab dia sbg seorang muslim untuk saling memperingati sekurang2nya sudah lepas. Contoh kalau time tuh, kitorang tak solat sbb mmg malas nak solat, bilamana akak tuh tegor, Alhamdulillah.. tambah pahala akak tuh dan muslimat yang lain yang nampak kitorg pown terlepas dari dosa sbb masih ada yang menegur. Ingat!! Bilamana kamu melihat sesuatu kemungkaran, sebaiknya cegahlah dengan tangan. Jika tak mampu, cegahlah dengan lidah. Andai masih tak kuat jugak, cegahlah dengan hati. Dan tahulah kalian, bahawa itulah selemah-lemahnya iman.

3. Rugilah mereka2 yang hatinya bersangka buruk dan bersyak wasangka
Tak baik burok sangka dengan orang lain. Boleh mengundang fitnah dan menimbulkan perbalahan. Rosak tali persaudaraan. Dalam kes nieh, suka aku melihat perspektif dari 2 pihak yang terlibat. Si penyoal dan yang disoal. Akak tuh niatnya dah baik. Cuma tersalah pengiraan bilamana golongan yg ditanya nieh adalah budak2 tua bangka umo 20tahun yang mmg suka memberontak je kerjanya. Kalau ekpresi muka akak tuh lebih lembut, masih senyum dan nada suara akak tuh pown lebih sopan, kan lebih molek gitu. Sekurang2nya kami juga mungkin tak akan bersangka burok dengan niat baik akak. Bilamana kejadian tuh berlaku, dengan kata2 pengakhiran yang tajam dan sinis dari akak tuh walaupun setelah mendengar alasan kami mungkin disebabkan masih tertinggalnya perasaan buruk sangka dan syak wasangka di dalam hati dia akan kenapa kami tak solat. Begitu juga kami time tuh, bilamana mendegar akak tuh berkata begitu, tentu saja hati2 kami juga turut berburuk sangka dan bersyak wasangka yang akak tuh masih berburuk sangka dan bersyak wasangka dengan kami. Ayat bongok la As.. Aku baca pown aku xpaham.. Tapi korang faham kan? So, tak baguslah dekat sini kan. Kedua2 pihak pown dah berburok sangka. Kurang pahala solat akak tuh. Korang pahala dengar azan, bacaan zikir dan Al-Quran kitorg sepanjang kat masjid tu hari tuh.. Ish3x..

4. Huaaaawah.. menguap tutup mulut.. ngantok plak.. nak poin lain korg pikir dan extractlah sendirik dari kejadian nieh.. ngantok plak rasa.. (entry baik sikit cepat je setan tolong menguapkan ye.. entry ngutuk2 org fuh!! 3hari baca pown boleh settle taip dlm 30minit.. idea mencurah2 ye dok..manusia2) ngee.. aku la manusia tuh..

Kesimpulan:
Rugi oooOO0o sapa yang tak smayang. Smayang!! Jgn banyak2 alasan kalau mampu. Jangan buruk sangka tak baik. Jangan kutuk2 n cakap2 belakang. Hehe.. Maaf akak.. Ada rezeki kita jumpa kat masjid Dzahir lagi. Ngeh3x..

p/s: lain kali kalau dah tau tak boleh solat, duduk je dalam kereta. bukak IKIM dengar ceramah agama. kan bagos jugak tuh??

19 comments:

  1. serendah-rendah level dlm ukhwah adlh dgn bersangka baik. bila kita bersangka baik, baru the first level dlm ukhwah kita sempurnakan, byk lg steps lain yg kita kena tempuh utk nak capai ukhwah kerana Allah

    tp yg first step pun dah kantoi. ak pun. adoiiiii...hahaha!!

    ReplyDelete
  2. betol tuh.. dan sekecil2 kebaikan yg boleh dilakukan adlh dgn mengubah bahaya dan gangguan di tgh jalan.. kalau bersangka baik pown dah serendah2 level dalam ukhwah, mcm manalah dgn yg lain2 kan. yg plg mula dah mudah pown xlulus lagi.. As2, jgn bersangka burok g k.. Ngee.. ang kantoi apa shiela? Ang sangka burok apa? Haha..

    ReplyDelete
  3. ahahaha. i like this ! rugi woo sapa tak semayang ! igt sampai bila2 lahh. hahaha. ayat b4 tu cmnih. "xleh smayang xleh masuk masjid !" akak oo akak. kami tak bodoh la akak oii.

    ReplyDelete
  4. haha.. as plak lbh berkesan dgn "Yakin tak bocor". Haha.. Klu ingt balik mesti nak gelak.. klakor..

    ReplyDelete
  5. mak aku baca n dia tergelak. haha. berkesan as. aku suka :)

    ReplyDelete
  6. ahaha. mcm blur2 nak jwb apa kan time tu. huhu. lawak2 :D

    ReplyDelete
  7. oke kantoi ah husna 2nd org yg takleh smayang. wahaha.

    erm, ak byk kot kantoi psl husnuzhon ni. huhu.

    ReplyDelete
  8. haha..amoi, xkn mak ang pown baca blog aku.. haha.. malu betol.. haha.. berteknologi gak mak ang ek.. ngee.. XD

    haha.. husna kantoikan diri sendirik dgn statement tuh.. haha.. kantoi r tak solat.. bak kata shiela.. ngee.. XD

    husnuzhon tuh apa shiela?? keikhlasan ke apa? btw mmg Allah nak tegor kita kot.. ada plak blog aku sll follow update entry pasal nieh.. ngeh3x.. XD

    http://azzariyat.com/blog/2010/12/24/prasangka-baik-prasangka-buruk/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+azzariyat+(Azzariyat.com)

    ReplyDelete
  9. hahaha. shiela ! aku tak maksudkan aku the 2nd one ! tapi, kan kami berempat kat tempat kejadian. so, dialog2 tu boleh hafal la. hihi. (kaver line)

    ReplyDelete
  10. haha.. mmg cover line.. skalik skala jujur.. mesti penangan terlebih mandi air hujan dlm roller coster kan.. haha..

    ReplyDelete
  11. hahaha tau xpa. penangan kena air hujan dlm rola kosta wat otak x berapa nak berfungsi sangat. habis terjujur tanpa tapis2 lg. haha

    ReplyDelete
  12. as as, kat bawah ni kan ada choose an identity. kat bawah username kita tu ada box follow-up comments will be sent to. mark box tu. then, selalu check emel la utk tgk owner blog tu respon ke tak. paham x?

    ReplyDelete
  13. haha.. as baru tahulah function dia.. haha.. setahun dh kot blogging.. slm nieh as nk tau dia reply komen ke x, as mesti akan bukak blog dia balik 2,3x.. haha.. thx for the info.. wink2.. (>.-)

    ReplyDelete
  14. thanks for tht.. baru tahu.. lpsnieh guna husnuzhon je.. lebih cute n simple.. ngee.. XD

    ReplyDelete
  15. haha.. thnx.. cite tuh mmg best.. ngee.. XD

    ReplyDelete
  16. Hey, I am checking this blog using the phone and this appears to be kind of odd. Thought you'd wish to know. This is a great write-up nevertheless, did not mess that up.

    - David

    ReplyDelete
  17. Thanks David. I'll try to improve. perhaps using fully English and with a better issue. But wonder, do u understand Malay? emm..

    ReplyDelete