Bencinya, geramnya!!

Bismillah..


Aku ada seorang pakcik. Pakcik aku awal 40an barangkali. Hobinya menonton tv. Cerita pilihan pula hindustan, tamil dan sepupu sepapatnya yang kebanyakan perwatakannya adalah superhero kulit legam berpeluh2 badan gemuk2 berawekkan heroin yang bajunya berlubang di perut dan pusat. Sungguhpun kebanyakan cerita hindustan mampu kami tonton, kebanyakan cerita tamil pilihannya, dia seoranglah penontonnya. Dia seoranglah pengarah, pengomen, tukang gelak, tukang jerit, tukang pegang remote tv, tukang control volume dan audio. Semua dia. Yang lain?? Bergosip di meja dapur dan menambah pahala keatasnya. Untungnya pakcik saya!! Sambil tengok tv pown boleh dapat pahala free!!

Selalu aku tak ambil pusing. Tapi hari nie hari mood citrawarna aku. Mungkin sehari proses baju (esok nak balik, hari nie baru basuh cadar sebulan dulu) buat aku jadi berangin. Pakcik aku di depan atas kerusi urutnya. Remote di bawah terus aku capai. Genggam erat2 tak lepas lagi. Buletin utama TV3 tatkala itu sibuk menemuramah Safee Sali. Sekali tengok. Gagap betol mamat nieh bercakap!! Adik aku cakap, dalam team Malaysia, biarpun dia penyumbang gol terbanyak, dialah manusia paling malas. Yang pada pandangan adik aku, hanya menunggu bola. Huh!! Cetek sungguh fikiran adik aku. Lantas aku soal, habis tuh siapa yang paling rajin? Terus dia jawab, "India keding tuh!!". A'aa, ada seorang player india yang aku lihat memang rajin kejar bola. Har3..

Berbalik kepada cerita. Tangan aku yang gatal, terus menekan info2 rancangan yang pada akhirnya memakan diri aku sendiri. laju sungguh pandangan mata tua pakcik aku. "Ha, pukol 10 satgie ada Ong Bak". Sepatah je aku jawab. "Takmau". Disebabkan time tuh semua tv mula sibuk menyiarkan perutusan khas PM sempena tahun baru, tv lain pula tiada rancangan menarik, terpaksa aku pura2 gembira menarik adik lelaki aku, "Weih Eh, ada cite best nieh!! Syoq. Lawak gelak2" dengan penuh semangat dan beriyanya aku paksa adik aku yang tengah main travian barang kali ke depan tv. Cerita apa?? Ulangan 3 Idiots di astro fiesta channel 110. Sigh.. Mungkin ini dah kali ke-10 aku ulang tayang cerita nie dalam tempoh 6bulan. Sadis sungguh. Macam dah takde cerita lain. Semuanya sebab nak buat pakcik aku sakit hati dan menyampah tengok muka aku dan bertambah sakit hati tengok tangan aku main2kan remote. Dasar dengki la lu As!! Tapi sungguh.. Itulah perasaan terindah dan paling gembira penah aku rasa. Lebih happy daripada makan pizza cheezy baru wa cakap lu!! Walahei..!!

tengah best2 layan cerita tuh sekali tuh iklan kacau la plak. Cepat dan tangkas, pakcik aku melompat turun dari kerusi urutnya dan mencapai remote di sebelah aku tak ubah seperti pelakon siap hero Ong bak tuh. Hero tuh pown kalah beb ngan pakcik aku!! Patut pakcik aku dapat anugerah Oscar siot.. "How dare you!!", jerit aku kat pakcik aku! ...dalam hati. Cd hang. Tak terkeluar plak suara. Hampeh. Diubahnya siaran ke astro prima kot. Tepat pukul 10. Ong Bak rupanya!! Mak aku time tuh, "Apa nieh panjat2 pokok macam beruk je" (merujuk pada scene Ong Bak time tuh yang tengah berlawan atas pokok). "A'aa mak, memang beruk pun. Ketua beruk2 tuh kat sebelah nieh", balas aku dalam hati. Anak mithali.. Tak pandai sakitkan hati orang tua.. terus aku blah ke dapur. Marah sungguh aku!!

-----------------------------------------------------------------


Suatu hari, ketika Nabi saw sedang berkumpul dengan para sahabat di dekat ka'bah, seorang lelaki asing lewat di hadapan mereka. Setelah lelaki itu berlalu, Nabi berujar kepada para sahabat, ''Dialah ahli surga.'' Dan hal itu dikatakannya sampai tiga kali.

Atas pernyataan Nabi tersebut, timbul penasaran di kalangan para sahabat, terutama Abdullah bin Umar yang memang dikenal sangat kritis. ''Ya, Rasulullah,'' tanya Abdullah, ''Mengapa engkau katakan itu kepada kami, padahal selama ini kami tidak pernah mengenalnya sebagai sahabatmu? Sedang terhadap kami sendiri yang selalu mendampingimu engkau tidak pernah mengatakan hal itu?''

Lalu sebagai seorang uswah, Nabi memberikan jawaban diplomatis yang sangat bijak. ''Jika engkau ingin tahu tentang apa yang aku katakan, silakan engkau tanyakan sendiri kepadanya.'' Karena rasa penasarannya sangat tinggi, suatu hari Abdullah bin Umar menyengajakan diri untuk berkunjung ke rumah orang asing itu.

''Ya, akhie,'' kata Abdullah, ''kemarin sewaktu engkau lewat di hadapan kami, Rasulullah mengatakan bahwa engkau seorang ahli surga. Apa gerangan yang menjadi rahasianya sehingga Rasulullah begitu memuliakanmu?'' 

Lelaki itu tersenyum, kemudian menjawab, ''Sesungguhnya aku tidak pernah melakukan apa-apa. Aku bahkan tidak memiliki kekayaan apa-apa. Baik ilmu maupun harta yang bisa kusedekahkan. Yang kumiliki hanyalah kecintaan. Kecintaan kepada Allah, kepada Rasulullah dan kepada sesama manusia. Dan setiap malam menjelang tidur, aku selalu berusaha menguatkan rasa cinta itu, sekaligus berusaha menghilangkan perasaan benci yang ada kepada siapa saja. Bahkan terhadap orang-orang kafir sekalipun.''

---------------------------------------------------------
Menangis guling2..


5 comments:

  1. as,blog aku patutnya msuk lam kategori jenan la..huhu..

    ReplyDelete
  2. haha.. aku letak dah lama time tuh.. time 1st time aku masuk blog ko.. aku xtau g time tuh ko sape.. xpe, nnt aku ubah.. haha..

    ReplyDelete
  3. "sekaligus berusaha menghilangkan perasaan benci yang ada kepada siapa saja. Bahkan terhadap orang-orang kafir sekalipun."

    sbg manusia biasa, kdg2 kita x boleh lari dr perasaan cmtu. kdg2 nk rs mrh, kdg2 nk rs nympah, kdg2 nk rs dengki, kdg2 nk rs benci ! sungguh hebat warga syaitan itu menghasut manusia ! wuuu T______________T

    ReplyDelete
  4. wah wah..
    lame da ta dtg sini..!
    kelakar lah entry u..haha..
    pape pon i memang sokong adek u..
    memang pemalas die tuu..
    hehe..

    ReplyDelete
  5. husna: tu la pasal.. as a normal human being mmg tak kan mampu nak lari dari perasaan gitu.. dgn siblings sendirik pown gaduh2 adlh normal.. tp sesuatu yg lbh mengeratkan hubungan.. klu takde semua perasaan gitu, marah, nyampah, benci dengki etc, hambar kan hidup.. susahnya nk jadik mcm org baik gitu yg sll memaafkan org.. huhu..

    kecik: haha.. sesedap rasa u cakap dia pemalas.. peminat fanatik dia serang u kang i xtaw.. kena naik keta kebal kang u.. haha..

    ReplyDelete