baru dapat dari shima. nasib baik dia simpan lagi. fuh!
1st time kan upload gambar dalam jubah convo? walaupun cerita dah basi.
tak apa. letak blog. kasi cucu tengok.
walhal nak ingatkan diri.
hutang kerajaan 28 ribu tak bayar lagi.
terima kasih kerajaan, naik bil api, tol, lrt, ron95, gula.
sekurangnya buat saya terpaksa gigih cari kerja.
sayang kerajaan ketat-ketat. muah2. xoxo.
muntah

cucu, kalau baca entry nenek nieh suatu hari nanti,
nenek nak pesan, 
belajar untuk hidup, untuk cari ilmu, untuk kenal Tuhan.
Jangan belajar ikut sistem manusia dan sijil semata.
hidup tak lama.
takut jadi macam grandma sekarang.
rasa sesak dada.
sebab tak faham, hidup untuk apa.
tuhan itu siapa. 

Interview lagi

Entry tunaikan janji dengan shima. haha.

1. Sabtu lepas walk in interview di Renaissance hotel, Kuala Lumpur untuk position junior manufacturing engineer di Ibiden Electronics Malaysia Sdn. Bhd. A company that produce printed wiring board for smartphone. This is my 2nd interview experience after Nitto Denko 3 bulan lepas. wakaka. Macam biasa berterabur. Niat pergi bukan nak dapat kerja tapi nak warm up interview skills. Interviewer dia adalah production manager kilang tuh, very soft spoken and down to the earth. Tak ada konsep brief yourself, dia selak resume and straightaway tanya je apa dia rasa nak tanya. Basic question like family, final year project, why chemical engineering tapi nak position nieh, what happen to Nitto Denko. lol. And pertama kali juga interviewer yang nak selak file sijil yang aku bawa. Pergi interview nieh dengan Shima.

2. After interview, gather rumah Azmeer yang buat kenduri kesyukuran (sebab kerja Mustang kot, hehe). Petang-petang buat teh, milo makan cokodok pisang, roti sardin. malam keluar jalan-jalan pergi I-City. With Shima, Siti, Yanti, Dila and Wan. end the day dengan makan KFC dekat seksyen 7.


3. Selasa petang dapat phone call dari Kimia Suchi Sdn. Bhd. untuk attend interview hari Rabu. Company tuh dekat jalan TUDM subang. dalam 10minit dengan rumah. Before pergi macam biasa google map dulu walau dah ada Waze. Ikut google map dlm 11 minit saja. so Rabu, interview pukul 2.30, pukul 2petang baru keluar rumah. Benda paling bangang sebab tak percaya dekat waze dan ikut jalan google map. sampai depan pintu gerbang TUDM. abang pegang riffle tanya nak pergi mana. Aku cakap Subang. Dia cakap, "mana boleh pergi Subang ikut pintu TUDM dik oi. U turn balik. Kawasan nieh untuk TUDM je." Ok sekian. malu tak hilang sampai sekarang. Then proceed ikut jalan Waze, keep left dengan turn left pown tak boleh beza, salah jalan, termasuk highway NKVE, jammed kereta tak bergerak dalam 4 km juga. Aircond kereta 20C pown peluh boleh keluar macam air terjun. maka finally decide to call back the company and minta schedule interview balik if possible. Alhamdulillah, manager dia cakap boleh. hehe.

4. So Rabu pagi attend the interview. Mula2 manager dengan hr saja. Both Indian. Then comes the managing director join skalik. orang putih. lol. Maka terpaksa aku 'skipping' English sampai tergeliat-geliat lidah. Interview paling lama dan paling banyak soalan barangkali. Ini antara soalan-soalan dia ya Shima: hehehe

  • Why your name AS is seperated from ELEYANA? and how to pronounce your name?
  • Why chemical engineering?
  • Why only 6 weeks from Nitto Denko? (Dalam hati, Hellooo sir, 8 weeks ok. kah3)
  • How do you process sugar?
  • Why need to melt the sugar? At what temperature?
  • Is there any chemical used in sugar processing?
  • What,  sulphur? What is the purpose of sulphur? How do they separate it from the sugar then?
  • After which process do the molasses formed?
  • What they do with the molasses?
  • What happen to the machines and equipment used to crush sugarcane? 
  • Why raw sugar in white colour? I thought its brown..
  • How do they form the crystall? What parameter they used? Density? or what?
  • How the operator check the crystall size then?
  • What about your final year project?
  • So this propylene oxide in gas or liguid? Is propylene oxide dangerous? How do you transport it then? (What the hell punya soalan. (oo) lubang hidung.)  
  • So according to the MSDS what thus the symptoms it said?
  • What do you design in the project?
  • What type of reactor?
  • Is there any catalyst used? What is it? In what formed? In pellet? I thought its in powder.. lol
  • What type of reaction?
  • What is MTA? (matric tonne per annum sir.... (-_-')   )
  • What is WAR? (waste reduction sir...)
  • So how do you reduce the waste?
  • What software you used?
  • What thermodynamic properties you used? (Err?? What sir what what.. Peng Robinson? Redlich kwong?  Err what.? Last2 skalik buat muka blurr dan malas nak jawab sampai dia cakap its ok its ok. lol)
  • What is your responibility in Nitto Denko?
  • What type of properties test?
  • How you perform adhesion test?
  • What benefit that company gave you?
  • What position do you apply in Ibiden Electronics?
  • When the results comes?
  • What is your salary? 
  • If you have to mix an acid with water, let say sulphuric acid with water, which one you put first? Why? 
The question goes on and on.. Too many question from the MD, sampai aku pown tak leh nak ingat semua. Tapi dia bukan macam nak tanya sebab nak interview pown, dia tanya sebab dia nak tahu. Manager tuh yes, tanya sebab nak tengok respon kita. Nanti bila tak leh jawab, dia akan tolong jawabkan. Adalah sekali dua aku jawab I'm not sure sir, I'm not sure. lol.


Tapi honestly, walaupun aku tak prepare dengan study balik industrial training aku, project2 aku, interview session tuh went smooth tak macam waktu dekat Nitto dulu tersekat-sekat and banyak berhenti cakap tiba2 sebab dah tak tahu nak cakap apa. Mungkin sebab interview nieh lebih santai dan macam borak2. Boleh gelak-gelak dan share cerita. MD tuh pown bosan sangat barangkali datang join interview aku skali and bercerita itu ini. Dia cakap 10tahun dulu pernah pergi Kangar, hotel tak ada, tidur rumah pekerja company, sangat dirty, I have very bad experience with Kangar, then dia gelak-gelak. (oo)

In overall, aku lebih satisfied dengan interview performance aku ini compare to the other two interview session. Berdoa sangat, harap dapat. Walaupun dia kilang kecil yang buat detergent, dan dia still tanya either salary aku is negotiable. Btw, aku apply untuk position Production Executive. Walaupun gaji murah, sebab dah dalam line nieh, kalau dapat memang aku pergi. Doakan okeih!

Kesimpulan: Study dulu segala perkara dalam resume tuh sebelum interview.

1:03 AM

1. being jobless is not fun at all, lebih tepat when you have no money to spent with. haha. dlm akaun maybank aku adalah kot baki lagi 219.85. dan dalam dompet ada 25 hinggit. adalah syiling berapa polohhh sen. haha. aku berhenti kerja pown ayah tak tau. dan situasi aku sekarang pown rasanya tak payah cakap dia kot. tak rasa nak cakap. ntah dia ingat aku ke tak. 

2. kerja sebulan untuk suasana perseitaran yang aku tak suka, pergi kerja dalam keadaan terpaksa, sampai tempat kerja mengumpat mentor dekat operator, end of month dapat gaji bersih lepas tolak kwsp, socso, 1.9k tinggallah rm400 lepas bayar hutang company sebab resign 24 jam. sampai sekarang tak rasa sikit pown menyesal sebab resign. tapi menyesal sebab tak resign lebih awal dan biarkan diri buat benda tak suka dan hasil dia pulangkan dekat company semula. muntah. tak rasa nak maafkan mentor aku walaupun dia minta maaf siap tunduk kepala depan semua. the rest part of nitto denko are awesome, serious.. kecuali dia. muntah lagi.

3. resign jumaat, sabtunya terus balik perlis. sampai rabu. sebab khamis ajar daniel. from september until today, i'm a home tuition tutor for mathematic subject dekat bukit jelutong. satu kelas sejam setengah aku dibayar 45hinggit. quadratic functions, transformation, bases, graph function, circles, indices, matrices, probability.. mathematic is so much fun. harap Daniel boleh jawab paper math spm esok. tolong doakan. dia anak murid pertama dalam hidup saya. 

4. dan sekarang aku kerja part time as data entry operator dekat ONE BPO bukit jelutong. kerja mudah. scan document penyata kwsp tuh ko type je balik dalam sistem. no kwsp, no ic, nama, caruman majikan n pekerja. mudah kalau tulisan komputer. rasa nak menyumpah kalau tulisan tangan. lagi2 kalau nama2 mereka dibahagian sabah sarawak sana. dan antara nama rakyat malaysia yang famous dan selalu berulang aku jumpa ialah Sudirman. dan kalau India Ramasyamy dan Parameswara. Serious! Yang tak best tntg kerja nieh cuma satu. Masa kerja yang sngt fleksible. Akibatnya suka hati aku nak masuk balik pukul brp, dan tak pergi kerja bila rasa tak mahu pergi. Tak kerja tak ada pitihhhhh masuk la. Orang malas memang selalu rugi.

5. surau dekat taman TTDI jaya sangat best. bila pergi majlis ilmu waktu maghribnya rasa addict. macam kena tarik dengan magnet yang lawan kutub atau rasa macam pelekatkan mata dengan selotep nitto yang adhesion force dia sampai 15N kuatnya sampai mata tak boleh buka. muntah. ada satu waktu ustaz cakap tahukah kamu siapa orang yang muflis? maka ustaz pown jawab soalan sendiri dan jawapan dia ialah orang yang suka mengumpat dan mencela orang lain dekat dunia. habis pahala kebaikan dia kena ambil topup kejahatan mulut dia sampai akhirnya dia jadi muflis. since that day, asal ada je mana2 individu yang mengumpat which is most of the time waktu tengok tv (umpat pelakon), housemate lain akan cakap ya Allah, muflis2. dalam tak sedar banyak kali gila ditegur muflis dalam hanya beberapa tempoh waktu. bayangkan dalam satu hari, satu bulan, satu tahun, 23 tahun hidup.. Allah. sampai sekarang sangat berhati-hati dengan lisan sendiri. 

6. weekend nieh plan nak panjat bukit cherakah, shah alam sama housemate. awesome awesome. tak sabar. hehehehe. 

7. dah lama sangat tak update blog nieh. banyak sangat benda belajar dalam tempoh nieh. paling bayak belajar masak. dari tak tahu nak besiang ikan langsung, belajar guna pisau, guna gunting, dan sekarang boleh pakai jari sambil pejam mata saja. lol. hyperbola. betol cakap bangcik. aku pergi shah alam untuk belajaq masak sajooo. 8 minggu kerja dah berhenti. wakaka. selain tuh belajar guna waze, belajar cash cheque, belajar buka akaun bank, belajar drive alone from Shah Alam to Perlis dan sebaliknya, belajar survive dan hidup dengan kudrat yang Allah bagi. InsyaAllah akan belajar bersabar.

8. dah cakap. 2 tahun saja lagi.