Bencinya, geramnya!!

Bismillah..


Aku ada seorang pakcik. Pakcik aku awal 40an barangkali. Hobinya menonton tv. Cerita pilihan pula hindustan, tamil dan sepupu sepapatnya yang kebanyakan perwatakannya adalah superhero kulit legam berpeluh2 badan gemuk2 berawekkan heroin yang bajunya berlubang di perut dan pusat. Sungguhpun kebanyakan cerita hindustan mampu kami tonton, kebanyakan cerita tamil pilihannya, dia seoranglah penontonnya. Dia seoranglah pengarah, pengomen, tukang gelak, tukang jerit, tukang pegang remote tv, tukang control volume dan audio. Semua dia. Yang lain?? Bergosip di meja dapur dan menambah pahala keatasnya. Untungnya pakcik saya!! Sambil tengok tv pown boleh dapat pahala free!!

Selalu aku tak ambil pusing. Tapi hari nie hari mood citrawarna aku. Mungkin sehari proses baju (esok nak balik, hari nie baru basuh cadar sebulan dulu) buat aku jadi berangin. Pakcik aku di depan atas kerusi urutnya. Remote di bawah terus aku capai. Genggam erat2 tak lepas lagi. Buletin utama TV3 tatkala itu sibuk menemuramah Safee Sali. Sekali tengok. Gagap betol mamat nieh bercakap!! Adik aku cakap, dalam team Malaysia, biarpun dia penyumbang gol terbanyak, dialah manusia paling malas. Yang pada pandangan adik aku, hanya menunggu bola. Huh!! Cetek sungguh fikiran adik aku. Lantas aku soal, habis tuh siapa yang paling rajin? Terus dia jawab, "India keding tuh!!". A'aa, ada seorang player india yang aku lihat memang rajin kejar bola. Har3..

Berbalik kepada cerita. Tangan aku yang gatal, terus menekan info2 rancangan yang pada akhirnya memakan diri aku sendiri. laju sungguh pandangan mata tua pakcik aku. "Ha, pukol 10 satgie ada Ong Bak". Sepatah je aku jawab. "Takmau". Disebabkan time tuh semua tv mula sibuk menyiarkan perutusan khas PM sempena tahun baru, tv lain pula tiada rancangan menarik, terpaksa aku pura2 gembira menarik adik lelaki aku, "Weih Eh, ada cite best nieh!! Syoq. Lawak gelak2" dengan penuh semangat dan beriyanya aku paksa adik aku yang tengah main travian barang kali ke depan tv. Cerita apa?? Ulangan 3 Idiots di astro fiesta channel 110. Sigh.. Mungkin ini dah kali ke-10 aku ulang tayang cerita nie dalam tempoh 6bulan. Sadis sungguh. Macam dah takde cerita lain. Semuanya sebab nak buat pakcik aku sakit hati dan menyampah tengok muka aku dan bertambah sakit hati tengok tangan aku main2kan remote. Dasar dengki la lu As!! Tapi sungguh.. Itulah perasaan terindah dan paling gembira penah aku rasa. Lebih happy daripada makan pizza cheezy baru wa cakap lu!! Walahei..!!

tengah best2 layan cerita tuh sekali tuh iklan kacau la plak. Cepat dan tangkas, pakcik aku melompat turun dari kerusi urutnya dan mencapai remote di sebelah aku tak ubah seperti pelakon siap hero Ong bak tuh. Hero tuh pown kalah beb ngan pakcik aku!! Patut pakcik aku dapat anugerah Oscar siot.. "How dare you!!", jerit aku kat pakcik aku! ...dalam hati. Cd hang. Tak terkeluar plak suara. Hampeh. Diubahnya siaran ke astro prima kot. Tepat pukul 10. Ong Bak rupanya!! Mak aku time tuh, "Apa nieh panjat2 pokok macam beruk je" (merujuk pada scene Ong Bak time tuh yang tengah berlawan atas pokok). "A'aa mak, memang beruk pun. Ketua beruk2 tuh kat sebelah nieh", balas aku dalam hati. Anak mithali.. Tak pandai sakitkan hati orang tua.. terus aku blah ke dapur. Marah sungguh aku!!

-----------------------------------------------------------------


Suatu hari, ketika Nabi saw sedang berkumpul dengan para sahabat di dekat ka'bah, seorang lelaki asing lewat di hadapan mereka. Setelah lelaki itu berlalu, Nabi berujar kepada para sahabat, ''Dialah ahli surga.'' Dan hal itu dikatakannya sampai tiga kali.

Atas pernyataan Nabi tersebut, timbul penasaran di kalangan para sahabat, terutama Abdullah bin Umar yang memang dikenal sangat kritis. ''Ya, Rasulullah,'' tanya Abdullah, ''Mengapa engkau katakan itu kepada kami, padahal selama ini kami tidak pernah mengenalnya sebagai sahabatmu? Sedang terhadap kami sendiri yang selalu mendampingimu engkau tidak pernah mengatakan hal itu?''

Lalu sebagai seorang uswah, Nabi memberikan jawaban diplomatis yang sangat bijak. ''Jika engkau ingin tahu tentang apa yang aku katakan, silakan engkau tanyakan sendiri kepadanya.'' Karena rasa penasarannya sangat tinggi, suatu hari Abdullah bin Umar menyengajakan diri untuk berkunjung ke rumah orang asing itu.

''Ya, akhie,'' kata Abdullah, ''kemarin sewaktu engkau lewat di hadapan kami, Rasulullah mengatakan bahwa engkau seorang ahli surga. Apa gerangan yang menjadi rahasianya sehingga Rasulullah begitu memuliakanmu?'' 

Lelaki itu tersenyum, kemudian menjawab, ''Sesungguhnya aku tidak pernah melakukan apa-apa. Aku bahkan tidak memiliki kekayaan apa-apa. Baik ilmu maupun harta yang bisa kusedekahkan. Yang kumiliki hanyalah kecintaan. Kecintaan kepada Allah, kepada Rasulullah dan kepada sesama manusia. Dan setiap malam menjelang tidur, aku selalu berusaha menguatkan rasa cinta itu, sekaligus berusaha menghilangkan perasaan benci yang ada kepada siapa saja. Bahkan terhadap orang-orang kafir sekalipun.''

---------------------------------------------------------
Menangis guling2..


"Rugi oooOO0o sapa yang tak smayang"

Bismillah..

photo credit to awin

Orang yang suka bersangka burok, alasan 1st diorang yakin girl akan jawab bila ditanya apsal xsolat, "Aku period". Perhaps yea, there is that kind of people yg menggunakan alasan basi n hingusan utk sorg yg aku kira dah cukup matang utk fikir mana buruk mana baik sesuatu benda. But what happen if that situation goes to the one yang really period that time. Si penyoal pulak lepas dengar that kind of reason masih wat muka curios n xpuas hati. So what the purpose of asking klu u really tak leh accept that kind of reason.

This things happenend at us baru2 nieh bila mana kitorg wat photoshot dkt Masjid Dzahir Alor Setar. Alang2 nak masuk Zohor kitorg tggu la utk solat terus. 4 of us, 3 org tak boleh solat. (sorry amat sungguh sangat jujur sekali tp aku yakin pembaca blog aku semua dah besar malah faham natural phenomena gini. Science Form 3, buku teks warna kuning, chapter 4, tajuk reproduction korg dah blajar all those menstrual cycle bla..bla..bla.. kan) Ok sambung ketidakpuasan hati. Kitorg tak mintak utk serentak okeih!! Ko ingat benda alah nieh ada button on and off macam kipas ke ko boleh control2 bila ko nak period n ko rasa tak nak. Huh!!

Kitorg duduk kat pintu tepi masjid tuh tggu kawan kitorg selesai solat. Ok, selesai jemaah ada sorg akak perhaps around early 30 dtg kat kitorg. Si akak itu bertanya, "Awat tak semayang?" sambil lipat kain telekung dan muka berkerut seribu mcm kitorg pesalah dlm kandang mahkamah. Aku tgk muka dia, terus nak capai boiling point. Darah muda, cepat je nak saturatednya. Tgk aku ngn kawan aku wat bodoh n muka blurr je, maka kwn aku sorg g amik port n respon akak tu. "Tak boleh solat". Akak tuh balas, "Tak boleh semayang tak boleh dok dalam masjid tau". "Yakin tak bocor", jawab kawan aku yakin tanpa bocor2 lagi. Akak tuh terdiam. Mungkin selama nieh dia hanya faham asalkan period, haram masuk masjid. Baguslah gak. Bertambah 1 ilmu akak hari ini. Tak ya kawan2. Sebolehnya elakkanlah berada di masjid bila period sbb masjid tuh tempat yang suci. Bukan apa, takut kita terkotorkan tempat begitu dengan heamoglobin merah itu. Tapi kalau yakin tak bocor, go on!! Tak de salahnya. Rumah Allah untuk kita beribadat. Islam agama yang mudah. Kalau hukumnya haram, mcm mana dengan musafir perempuan yang period yg hanya ada masjid sbg tmpt persinggahan utk berehat? Kalau ada majlis ilmu dkt masjid, haram tak boleh masuk, oooh mcm mana nak menuntut ilmunya. Kesian la gitu. Mana aci!! Minachi.. Aku pown nak ilmu jugak!!

Okeih, dah mati kutu dgn kawan aku, pandangan akak tuh beralih ke 2 org pemerhati yg diam tertunduk2 muka blurr n malas layan sedari tadi. "Nieh pown tak leh smayang jugak ka?". "Tak boleh jugak". Fullstop. Terus dia berlalu pergi dgn muka curios dari tadi sambil cakap dengan pitching plg tggi, "Rugi oooOO0o sapa yang tak smayang".Perrghhhhh.. terbaik punya!!

Ya As Eleyana Ali, kawan-kawan saudara saudari muslimin muslimat sekalian, dengar pesanan nieh baik2 utk peringatan sendiri biar masuk hati tak kuar2 lagi:

1. Rugi oooOO0o sapa yang tak smayang(solat)
Betol tuh!! 100markah utk akak. Orang selalu cakap solat tiang agama. Pentingya macam tiang rumah. Tak ada tiang runtuhlah rumah. Tak ada tayar, xberjalan la kereta. Tak ada denyut jantung, dah nak kena kapan la korang. Malah benda pertama sekali akan dihisab nanti adalah solat. Ko kutuk orang lubang hidung besar ke, peha cornetto ke, kentut bau belacan ke hape itu semua belakang2 baru dia timbang guna neraca besar punya. BESAR PUNYA!! Ikan meggy asam laksa.. Selagi mampu, solat la.. Peringatan utk diri sendiri sbb aku tau aku pown bukan jaga solat sangat. Ayah aku ada pesan, "study sungguh2, smayang, baca doa cikit". Ok la, nasihat yg baik. Tapi antara nasihat yg paling terkesan dkt aku bilamana ayah Awin (kawan aku) pesan dekat Shiela actually before dia g Poland, "Jaga solat, kita jaga solat, Allah pasti jaga kita". Pesanan utk org lain, tp aku yg curik2 dengar plak terkesan lebih. Hua3x.. emotional betol As.. So, korg2.. "Jagalah solat. Dengan jaga solat, InsyaAllah Allah juga akan jaga kita"

2. Beruntunglah mereka2 yang saling menasihati dan memperingati
"Amar makruf nahi mungkar" Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Berapa ramai yang mampu? Yang berani amik port nak tegor2 org? Sungguh, aku amat sungguh sangat respect sekali kepada golongan2 yang berani bersuara mengajak saudara2 semuslim dia yang lain berbuat kebaikan. Mana yang salah, dia tegor. Aku tabik springg sangat dekat akak nieh sbb dalam banyak2 muslimat hari tu, dia sorg je berani datang dan tanya kitorang kenapa tak solat. Sejujurnya aku sendiri tak mampu utk jadi mcm akak tuh. (Err.. sebetolnya aku sentiasa fikir positif, oo dia xsolat mesti la dia period, kalau saja2 malas nak solat apsal nak lepak masjid, baik dia blah pegi karaoke jamban or tengok wayang 3d dekat Jitra Mall je kan). Akak tuh sedar tanggungjawab dia sebagai saudara semuslim, bila mana dia menegur kitorg, tanggungjawab dia sbg seorang muslim untuk saling memperingati sekurang2nya sudah lepas. Contoh kalau time tuh, kitorang tak solat sbb mmg malas nak solat, bilamana akak tuh tegor, Alhamdulillah.. tambah pahala akak tuh dan muslimat yang lain yang nampak kitorg pown terlepas dari dosa sbb masih ada yang menegur. Ingat!! Bilamana kamu melihat sesuatu kemungkaran, sebaiknya cegahlah dengan tangan. Jika tak mampu, cegahlah dengan lidah. Andai masih tak kuat jugak, cegahlah dengan hati. Dan tahulah kalian, bahawa itulah selemah-lemahnya iman.

3. Rugilah mereka2 yang hatinya bersangka buruk dan bersyak wasangka
Tak baik burok sangka dengan orang lain. Boleh mengundang fitnah dan menimbulkan perbalahan. Rosak tali persaudaraan. Dalam kes nieh, suka aku melihat perspektif dari 2 pihak yang terlibat. Si penyoal dan yang disoal. Akak tuh niatnya dah baik. Cuma tersalah pengiraan bilamana golongan yg ditanya nieh adalah budak2 tua bangka umo 20tahun yang mmg suka memberontak je kerjanya. Kalau ekpresi muka akak tuh lebih lembut, masih senyum dan nada suara akak tuh pown lebih sopan, kan lebih molek gitu. Sekurang2nya kami juga mungkin tak akan bersangka burok dengan niat baik akak. Bilamana kejadian tuh berlaku, dengan kata2 pengakhiran yang tajam dan sinis dari akak tuh walaupun setelah mendengar alasan kami mungkin disebabkan masih tertinggalnya perasaan buruk sangka dan syak wasangka di dalam hati dia akan kenapa kami tak solat. Begitu juga kami time tuh, bilamana mendegar akak tuh berkata begitu, tentu saja hati2 kami juga turut berburuk sangka dan bersyak wasangka yang akak tuh masih berburuk sangka dan bersyak wasangka dengan kami. Ayat bongok la As.. Aku baca pown aku xpaham.. Tapi korang faham kan? So, tak baguslah dekat sini kan. Kedua2 pihak pown dah berburok sangka. Kurang pahala solat akak tuh. Korang pahala dengar azan, bacaan zikir dan Al-Quran kitorg sepanjang kat masjid tu hari tuh.. Ish3x..

4. Huaaaawah.. menguap tutup mulut.. ngantok plak.. nak poin lain korg pikir dan extractlah sendirik dari kejadian nieh.. ngantok plak rasa.. (entry baik sikit cepat je setan tolong menguapkan ye.. entry ngutuk2 org fuh!! 3hari baca pown boleh settle taip dlm 30minit.. idea mencurah2 ye dok..manusia2) ngee.. aku la manusia tuh..

Kesimpulan:
Rugi oooOO0o sapa yang tak smayang. Smayang!! Jgn banyak2 alasan kalau mampu. Jangan buruk sangka tak baik. Jangan kutuk2 n cakap2 belakang. Hehe.. Maaf akak.. Ada rezeki kita jumpa kat masjid Dzahir lagi. Ngeh3x..

p/s: lain kali kalau dah tau tak boleh solat, duduk je dalam kereta. bukak IKIM dengar ceramah agama. kan bagos jugak tuh??

Home sweet home (2010)


Bismillah..

Home sweet home!! Dah muak dengar, rasa nak termuntah n kasik pelempang je budak yang poyo nieh?? Ha3.. aku peduli hape.. Dah betul memang rumah aku best!! Lebih2 lagi kalau semua family berkumpul. Kan..kan..

Aku punya rumah dekat Kampung Baru Jalan Kilang Gula Chuping Perlis.. Ya Perlis!! Ha3.. Nama pown kilang gula pada yang tahu, tahulah ada Ladang tebu kan. Dari Padang Besar yang tak berapa nak besar poket aku kalau ke sana tuh lebih kurang setengah jam jelah dari rumah aku.

Entry hari ini akan jadi entry bergambar. Gambar2 2010. Gambar2 nieh bukan gambar sekitar kampung aku tau. Hanya gambar di dalam kawasan rumah aku. Tak lepas pown dari pagar rumah aku. So, sekadar kawasan abang aku bercucuk tanam ada la ya. Tak ada sawah, tak ada sungai, tak ada ladang tebu ke hape2 ke ok. Itu next time aku cerita ok. Selamat mencuci mata la ya!!

inilah rumah aku (erk..??) haha..
rumah parents aku!!

abang aku punya projek cili di sebelah rumah aku.. korang nampak perkembangan dia kan.. sorry la gambar tak tersusun ikut flow. tapi mula2 tanah kosong. Then ada batas yang diletak plastik hitam tuh then yang latest sekarang kat rumah aku yang gambar hijau2 ckit tuh. Akak ipar aku tengah masukkan anak pokok ke batas. Rumput pown dah naik n panjang.

haha.. amacam?? kreatif hack kan mak aku.. 2 kereta tolak yg dah xguna dia tanam pokok cekur ngan pegaga.. tuh belum kira dapur yg korang nmpk tuh kan.. kah3x.. kekabu tuh dari rumah lama rasanya.. kitorang hidup xpernah beli bantal.. semua mak aku wat sendiri guna kekabu. lalala3.. yang dalam baldi tuh kunyit hidup.. best kan kampung??

pokok2 biasa yang rumah korang pown ada.. aku main snapn upload je sesuka hati. waka2.. ini kira baru pokok2 dalam pasu tau.. rumah aku ada pokok mangga, kelapa, pisang.. apa g?? huhu..

korang nak air kelapa kena beli.. aku nak air kelapa.. zharif!! p kait nyoq sat.. aku buat ayaq gula.. air kelapa fresh wa cakap lu!! letak ais skalik.. pergh..

korang esp org bandar nak main wau kena cari pantai kan.. or padang luas yang berangin.. kitorg main kt tepi rumah je.. hbs sngt dkt jalan depan.. angin umah angin kalah angin pantai.. sngt best!!

ini kucing2 kat rumah aku.. keje dorang tido dan makan je.. aku budget mak aku syg kucing nieh dr aku la.. asal dia kuar, kitorg yg tinggal xkasik dia makan, balik umah kang mesti kena bebel.. syg sungguh!! kucing2 aku xmkn whiskis (betol ke??) mcm kucing karang, dorg makan nasi biasa. jgn terkejut klu aku cakap sayur pown dorg makan.. ha3..

aku pelik mula2 tgk apsal la org tuh pakai helmet.. nak wat apa kan.. then baru realised ada sarang lebah bawah kayu tuh.. dekat sebelah umah aku nieh.. umah pakcik aku.. so, nie la sarang labah.. hoho.. amik madu cepat!!

sunset view dari balkoni depan umah aku.. nice kan!!

ini time raya korban/haji hari tuh.. ada wat korban di rumah aku tapi bukan korban ayah aku.. org lain punya.. jgn tnya aku sapa 3 org tuh.. tanya ayah aku.. kah3x.. bangladesh mari pown islam sejati ok!! haha

nie gambar sekitar majlis perkahwinan abg aku bulan 6 ritu.. org kampung mana ada catering.. sama2 masak n tolong je.. cuma skrg mknn kena amik sendiri xmcm dulu ada org angkat dulang.. kan..kan.. rindunya..

1.nenek aku
2.abg aku n her wife yg baju penagntin tuh, n kakak aku n her husband n daughter
3.keluarga besar aku, nenek, mak ayah, saudara cucu ank buah semua g la.. la3x..

so zahra?? bila nak balik umah tok wan kt perlis lg?? boleh mandi kolam air telaga tanpa klorin n naik moto kapcai keliling kampung..

so, korg cmner plak?? tunjuk r ckit kmpung korang.. gmbr2 sekitar perlis next time aku wat entry. so pada yg tgh cuti, happy holiday!! home sweet home.. haha

pen off..