”Apa sahaja yang saya dapat adalah kuniaaan Allah dan bukan kerana usaha dan amalan kerohanianku”
(Syeikh Abu Yazid Al Bustami)
Thats why bila tengok orang yang tak solat, tak tutup aurat, tak hidup dalam keadaan yang sepatutnya pada perkiraan kita, kita jangan tengok dengan pandangan menyampah dan benci. Tengoklah dengan pandangan kasihan dan simpati. Kita boleh buat baik pun dengan rahmat Allah. Kita boleh angkat tangan untuk takbir solat pun dengan rahmat Allah. Kita ada kekuatan untuk buat kerja-kerja dakwah pun dengan rahmat Allah.
Perlu tahu kita masuk syurga juga hanya dengan rahmat Allah. Bukan segala amal kebaikan yang kita buat. Allah tak perlu amal kita. Allah tak perlu bergantung pada makhluk untuk rasa Agong. Tolong rasa malu sikit pada siapa yang rasa diri lebih baik dari orang lain atas usaha kebaikan yang dia buat.
No comments:
Post a Comment