Tadi Suria post status di facebook that she felt something pull her from under her bed and apa yang dia boleh nampak waktu tuh cumalah tangan yang menarik kaki dia.
Aku suruh dia jenguk bawah katil, dan kasik salam. Bila dah jadi kawan, tak adalah lagi gangguan. Mungkin. Tapi aku pulak jadi takut dan tak boleh tidur. Haha. So aku suruh dia ambil wudhu, baca 3 qul, baca ayat kursi, dan doa tidur. Sepahkan katil dengan baju dan buku jangan bagi ada ruang untuk dia tumpang tido skalik (aku sampai sekarang buat macam nieh especially dekat rumah). Kah3x.
Korang pernah nampak hantu?
Aku pernah. Tapi bukan part muka dia. Kalau muka hantu dekat tv memang selalu aku nampak la. Kalau setakat figura hantu, 2x aku pernah nampak.
Pertama kali di Bendangman, Kedah. Rasanya time tuh camping PJK form 4 girl. Trip ngan cikgu Pie', Sir Jasmy ngan pakcik pemandu bas yang ada anak lelaki handsome. Camp base kitorg betul-betul tepi sungai. Khemah aku pun mengadap ke sungai dan ampaian mengadap ke hutan. That time dah lewat malam juga, dan seingat aku, aku dan budak khemah aku tengah berdiri berborak dekat luar sebelum masuk khemah. Kebetulan aku yang mengadap ke bahagian ampaian ke arah hutan nampaklah figura putih yang melayang seolah kain yang sangat ringan. Tapi bukan kain. Macam cahaya pun ya jugak. Macam kertas, eh tak taulah nak describe. Yang pasti itu bukan lampu putih dari stadium bola sepak. Itu kain lembaga bercahaya, puihhh! Tak taulah nak describe. "Korang, As rasa As nampak somethinglah". "Eh As, jangan cakap macam tuh", kata Asiah. haha. Tapi aku sedap juga tidur malam tuh. Letih kot. lol.
Kali kedua waktu balik dari latihan wind orchestra. Menjelang competition day, latihan selalunya habis pukul 12 malam. Dan rules dkt astries, solat mesti dekat surau. That time aku dan Haha saing ke surau. Sebelum sampai toilet surau, dari depan dorm Pendeta aku nampak perempuan baju putih besar di antara toilet dan surau yang berdiri pandang kitorg sambil main rambut dia. Then perempuan tuh hilang ke arah belakang toilet (paip tempat ambil wudhu). Aku cuak sebenarnya, tapi tengok Haha maintain aku pura-pura berani juga. Keh3x. So sampai je dekat surau, kitorg letaklah telekung kitorang dekat tepi tangga, dan pergilah ke tempat paip belakang toilet tuh. Toilet dan surau astries mengadap hutan ya. =) Dan apa yang pasti, dekat belakang toilet tuh, perempuan tadi tuh tak ada. Mesti korang expect ada kan, baru suspen cerita. Haha. Tak ada pun. Maka yang kitorg nampak tadi haruslah benda lain. Dan Haha secara tiba2 berpusing balik ke tangga dan bilang dia mahu ambil wudhu di kolam astries sahaja. Gua yang faham turut ikut berjalan. Ambil telekung, berjalan beberapa langkah, terus dua orang kitorang berlari melalak macam orang gila. Punya ketat syarat dekat astries, takut bukan main, tapi ambil wudhu, pergi juga solat dekat surau berdua. Dan Isya itu adalah Isya yang paling kuat bacaan imam gua dan paling benderang cahaya lampu suraunya. Haha.
Itu jelah pengalaman aku. Pernah nampak 2x. Dan pernah ganggu sekali. Gangguan tuh waktu cuti raya cina rasanya. Aku, Shiela, Bella, dan adalah few peoples lagi tak balik rasanya. Disebabkan yang tak balik terlalu sikit, semuanya diminta pindah ke dorm aku, Andeka. Dekat Andeka, semuanya diminta tidur disebelah bahagian kanan sahaja. Memandangkan katil aku disebelah bahagian kiri, dan taklah terlalu jauh dari diorang, aku stay tidur sorg2 dekat katil aku. So that night, aku ada pinjam novel dari Rin, tak ingat apa tajuknya. Muka depannya suram ada gambar perahu. About 2.30am juga rasanya baru aku stop. Orang lain dah lama tidur. Novel tuh aku letak betul-betul di tepi kepala/bantal aku. And the next morning bila aku bangun, guess what? Novel tuh tergantung atas kepala aku. Celaka betul! Aku katil bawah. Ada satu besi melintang yang mana aku selalu selit kertas or notes. Dan biasanya kalau aku nak selit, aku perlu tolak papan katil atas dengan kaki, baru aku dapat selit kertas yang nipis tuh. Tapi novel tuh terselit dekat situ with 10 pages ++, sesuatu yang mustahil berlaku. And i ask everyone okeih, siapa yang buat loyar buruk dengan aku, yang pastinya tak ada siapa pun mengaku. Sampai sekarang aku tak suka baca novel cinta!
Yasmin, Shiela dan aku time cuti raya cina (mungkinlah) 2005
Orang bulat. Inipun hantu juga. Dekat surau astries selalu ada. lol. Bila dah besar, Alhamdulillah, tak pernah lagi nampak benda-benda macam tuh. Kena tindih pun jarang. Mimpi buruk-buruk pun susah berlaku. Korang pernah nampak hantu??



As, kita bukan sekhemah ka masa form 4 tu? err. tiba2 aku pn rs semacam walaupn siang
ReplyDeletesekhemah rasanya. tp xsure jugak. bnyk kem sbnqnya kan? kem form3 yg kna train ngn askar. kem science n math in english waktu form 2 ke, ada ke? haha. ntahla weih. xingt dah. dah xdak gmbq. haha
Deleteaku xpenah nam[ak hantu lagi...n x berminat nak nampak hantu...
ReplyDeletebaju band kan wrna maroon tu...aku dah bgi kat junior kalo x silap..
form brapa ntah, kna brendam dalam air tgh mlm..sbab cuci ayam dlm sungai...kat bndangman jgk rasanya...
tgk gambar padang tringat dulu2..awal tahun padang x nmpak mcm padang....xdak rumput lansung...
apsal ko bagi junior? sayangnya. haha. aku punya cantik lagi. hehe.
Deleteklu cuci ayam form4 rasanya. waktu form 2 pown penah kot g bendangman utk kem science n math in english. tp tuh xde cuci2 ayam kot. kitorg pown cuci dkt sungai gak. xkena denda pown. kena bebel jelah sbb nk cuci potong ayam pown xreti. klu xcuci dkt sungai nk kena cuci dkt mana?
rindu padang. rindu jenan. sob2
kalo simpan pun bkn bleh pkai....size dulu ngan skang beza...
Deletex mcm hg...maintain slim...aku dulu x slim...skang brtambah x slim...
OMBAK RINDU WOIII OMBAK RINDU TAJUK NOVEL TU! WEII AWAT AKU GELAK BACA ENTRY NI WALAUPUN HG TENGAH CERITA PASAL HANTU? HAHA.
ReplyDeleteweih, bukan ombak rindu la. ombak rindu cover warna purple biru kan? nieh novel tuh gmbr perahu, ada mcm bunga2, warna chocolate gelap. aku rasa kisah ayah perempuan tuh nelayan. penah selamatkan ayah lelaki tuh. so ayah lelaki tuh paksa anak dia kahwin ngn anak nelayan tuh. rasanyalah.
Deleteawat ang gelak? ang tak pernah kena langsung ka? tindih pown xpenah?
OMBAK RINDU WOIII OMBAK RINDU TAJUK NOVEL TU! WEII AWAT AKU GELAK BACA ENTRY NI WALAUPUN HG TENGAH CERITA PASAL HANTU? HAHA.
ReplyDelete