Bercinta di hari lahir
Amir merapati isterinya, Aisyah yang sedang berada di atas katil.
"Sayang, selamat hari lahir."
Aisyah tersenyum.
"Terima kasih, abang."
Amir berkata kepada isterinya, "abang ada hadiah untuk sayang. Sayang kenalah tutup mata. Manalah tahu abang akan bagi emas dan permata kepada sayang, nanti silau pula mata sayang."
Aisyah tersenyum dan menutup matanya.
"Aisyah sudah tutup mata. Mana hadiah daripada abang?"
Amir menghulurkan bungkusan hadiah dan meletakkannya ke tangan Aisyah.
"Sayang boleh buka mata sekarang. Tengoklah hadiah yang abang berikan, istimewa untuk Aisyah, isteri abang yang tercinta."
Aisyah membuka matanya.
"Terima kasih, abang. Aisyah buka pembalut hadiah, ya."
Aisyah membuka balutan hadiah.
"Wah, ada buku untuk Aisyah. Terima kasih, abang. Hadiah ini amat bermakna untuk sayang. Sayang memang suka membaca buku."
Amir tersenyum dan bertanya kepada isterinya, "sayang tahu kenapa abang hadiahkan buku untuk sayang?"
Aisyah memandang suaminya. Amir meneruskan kata-katanya.
"Buku adalah hadiah yang dapat dibuka berkali-kali. Buku adalah hadiah yang sentiasa bertambah nilainya. Sayang amalkanlah ilmu yang tertulis di dalam buku ini dan sayang akan mendapat lebih banyak manfaat dalam hidup sayang."
Aisyah mengangguk-anggukkan kepalanya sambil membelek-belek buku yang diterima itu.
"Ada kad di dalam buku ini."
Amir bertanya kepada isterinya, "kad daripada siapa, sayang?"
Aisyah memandang kad itu.
"Kad ini datangnya daripada suami Aisyah yang amat Aisyah cinta. Terima kasih, abang."
Amir bertanya kepada isterinya, "Aisyah suka dengan hadiah daripada abang?"
Aisyah memeluk buku yang diterimanya itu dan menjawab,
"Aisyah suka sangat dengan hadiah ini dan Aisyah sayang sangat kepada pemberi hadiah ini."
Amir bertanya lagi kepada Aisyah.
"Abang gembira sangat kalau dapat melihat Aisyah gembira. Sayang, sayang sudah tidak mahukan hadiah lain? Cukupkah sekadar dengan buku dan kad itu sebagai hadiah hari lahir sayang?"
Aisyah menjawab, "cukuplah dengan kasih sayang dan cinta daripada abang sebagai hadiah untuk Aisyah."
Amir tersenyum dan berkata, "betulkah sayang sudah tidak mahukan hadiah yang lain? Kalau macam itu, siapa pula yang mahu memakai gelang emas ini?"
Amir mengeluarkan seutas gelang emas daripada poketnya dan menunjukkannya kepada Aisyah.
"Abang mahu menghadiahkan gelang emas ini kepada isteri abang, tetapi isteri abang sudah tidak mahukan hadiah lagi."
Aisyah terdiam sebentar dan memandang gelang emas itu. Air mata tergenang di mata Aisyah. Aisyah menangis.
"Abang, Aisyah cintakan abang. Aisyah sayang sangat kepada abang."
Amir hanya tersenyum dan berkata kepada isterinya, "sayang janganlah menangis. Sayang menangis sebab bimbang kalau abang bagi gelang emas ini kepada orang lain, ya? Gelang emas ini memang untuk Aisyah. Abang tidak akan bagi kepada orang lain. Aisyah janganlah bimbang."
Amir memberikan senyuman kepada isterinya dan Amir merapati Aisyah.
"Sayang janganlah menangis. Air mata sayang lebih mahal daripada gelang emas ini. Selamat hari lahir, sayang."
Aisyah menyapu air matanya dan memberikan senyuman kepada suaminya.
"Terima kasih, abang."
Amir memakaikan gelang emas itu ke tangan Aisyah.
"Alahai, cantiknya isteri abang. Selamat hari lahir, sayang. Semoga seluruh umur kita akan diberkati oleh Allah dan semoga rumah tangga kita sentiasa diredhai oleh Allah."
pergh.. geli gua baca.
tp perspective manusia mmg berbeza..
Barangkali gua yang tak normal
Mungkin gua layak tengok naruto je..
Mungkin gua layak tengok naruto je..
="(
babi betol buang masa print screen bagai. thesis n technical paper hntr esok la yana.. retard. retard.






geli tapi sweet...hahaha
ReplyDeletetapi geli tuh menutup sweet yg ada shima. hahaha. ada ke org kahwin gnie??
Deleteaku join kelab tak normal hg weh. aku nak je kahwin tapi baca ni...erk. tadak expression. >.< cinta sesama manusia kerana cinta takkan mungkin semanis cinta sesama manusia kerana Allah. cehhhh
ReplyDeletePerghh statement. haha. ang nak kahwin bila Shiela?? BUnyi mcm xsabaq je. Haha. Mcm mn nk cinta sesama manusia krn Allah?
Deletehaha...aku baca smpai dia bg buku je...lps tu scroll smpai bwh...trus msuk yg ko kata geli...haha
ReplyDeleteaku pun jenis yg x normal jugak kot...bukan rasa geli dkt crita...tapi rasa geli dkt komen yg ramai2 kata sweet..haha
Aku geli dkt cerita. Aku baca separuh dh xtahan. gagah habiskan. haha. Naruto lebih berkesan kot pengajaran dia dlm mendidik dari drpd artikal ala2 islamik la kononnya walhal membawa hati pada perkara yg bukan bw kita ingt Allah sngt pown tp gatal nk kahwin. Haha.
DeleteAng ngn shiela lbh kurang ja statement. Bagos2. Kahwin nnt jgn gnie subaili. Nnt wife ko ckp ko buang tebiat n nk minta kahwin lain.
betul la naruto lagi berkesan pngajaran dia...haha
Deleteweh..mmg la xda follow button...tpi ko copy je la url, add dkt dashboard...nanti kluar jugak update...hoho
ye ke? boleh ek.. aku xpenah tau pown. hahaha. sll klu yg xde follower button nieh sume aku bookmark. penoh sangt dh bookmark aku. hahahaha
Delete