1. production of 30 000 Mtons/yr 2-ethylhexyl laurete by esterification of lauric acid with 2-ethylhexanol. itu tajuk integrated project aku semester ini. 2 fixed bed reactor with a separator to be design. tahun lepas design heat exchanger untuk homogenous reaction pown terkedek-kedek dan tak tido malam. tahun nieh entah macam mana jadinya. ilmu material balance, energy balance entah mana terbang. hantar kertas kosong barangkali semester ini. ala, 20% saja. heh!!
2. production of biogas with waste food? forward osmosis? seawater desalination? owh g mampos semua xmampu run di ump nieh. at last my supervisor came out with 4 research title yang satu pun tak kena dengan minat aku. huh!!.
• ultrasound-assisted fermentation enhances bioethanol productivity
• effects of ultrasound on enzymatic hydrolysis of soluble cellulose
• seakelp for cosmetic
• study on mass transfer coefficient in 75L stirred-bioreactor
and guess i choose what? the first one. menangis tahu mahu faham apa itu fermentation, cellulose, enzymes, glucose, duty cycle, yeast bagai. this title supposed to be run by biotechnology student as they did learn few subjects on bioprocess. pure macam aku memang g mampos la. but after spending some time going through the journal, i found out that it is quite nice to know this kind of things. tak pernah tahu pun selama nieh ethanol is produced by fermentation. tak pernah tahu pun ultrasound with a proper waves are able to break the enzymes molecules and increase the productivity.
kalau orang tanya aku kenapa aku tak berminat dengan minyak2 bagai, aku tiada jawapan. sebenarnya aku pernah terbaca suatu article di pubs tentang seorang kanak-kanak yang buatkan aku terfikir tentang sumber asas seperti air dan makanan. kalau aku jadi seorang yang dikurniakan tuhan dengan satu ilmu, aku mahu ilmu itu aku gunakan untuk membantu satu kelompok manusia yang sangat perlu pada suatu2 keperluan. aku teringin hasilkan gula dari kulit pokok. nyahgaramkan air laut untuk diminum. bersihkan sisa air industri untuk jadi air sumber pertanian atau minuman. gunakan sisa makanan yang terbuang untuk hasilkan tenaga baru supaya tiada pembaziran. minyak contohnya, pada suatu masa aku kira akan menjadi rebutan dunia. tapi minyak masih bukan prioriti utama pada golongan2 tertentu yang hidupnya di hutan mahupun di tanah kering kontang sana. aku mahukan sumber tenaga. makanan. air.
comes to think of it, tajuk research kedua yang supervisor aku berikan masih punya perkaitan dengan apa yang aku minati. soluble cellulose contohnya yang terdapat di kertas2 terbuang. yang mana kertas2 kotor terbuang ini boleh kita tukarkan kepada satu sumber makanan asas seharian, gula. but, for some purpose i dont really want to choose that title and try my best to at least understand the keyword of fermentation itself. sepertinya ada suatu daya yang kuat menyuruh aku belajar tentang itu.
3. utilities lab semester ini belajar apa itu pump, apa itu deionized water, cooling tower, valves, compressor, boiler, piping system, waste water and electrical system bagai. presentation tiap2 minggu. rasa macam celaka tiap jumaat pegang mikrofon. cuma yang seronoknya tiada report. rasa heaven gila!! wohaa!!
4. kelas arab memang meyeronokkan. belajar dari asas. menyebut huruf2 hijaiyah dengan makhraj yang tepat. 21 tahun masih kaku lidah membezakan sebutan sa dan sin. belajar greeting juga. ana bil khair. ana min berlis. wah3x. seronok juga. datuk, nenek, anak makcik sebelah ibu, anak perempuan pakcik sebelah bapa etc2. lembu betina dan jantan lain sebutannya. pembaris itu perempuan. buku, angin, kerusi itu semua lelaki. air, pemadam, bunga, kasut, lebah, kereta, basikal itu semua perempuan ya. kih3x..
5. sudah beli handphone baru. Xperia Mini Pro with 1Ghz processor. konon android bagai la. tak ada internet berteknologi pun tak guna. dah jadi satu kerja nak subscribe internet. celaka celaka. fungsi phone tuh sekarang cumalah sebagai kamera juga music player aku. owh juga pop cap games juadah mata sebelum tido. tembak2 zombie guna jari tekan2 di skrin rasa macam terencat juga. tak apalah. dah beli. sebulan dua lagi kalau masih tak tahu guna tukar handphone dengan adik lelaki aku barangkali.
6. beli nutella untuk dimakan sama roti. nutella masih sesuatu yang aku suka dari jenan dulu. harga sebotol kecil itu kini mencecah rm10.50. celakanya bila aku mampu habiskannya dalam 5,6 hari. bukan disapu pada roti. dicedok dengan sudu dan disuap ke mulut macam nasi. almaklumlah rasanya lebih sedap dari choki2. lepas nieh mungkin patut beli planta dan tabur sama itu gula saja supaya lebih ekonomi.
7. sudah berBBQ dan bermandi-manda di Panching. Ada sesuatu yang berlaku dan aku menangis di situ. gatal badan 2,3 hari. celaka celaka celaka. sampai sekarang perkara itu masih menjadi misteri dan menimbulkan pertanyaan di hati. kawan2 perempuan yang tahu tatkala aku ceritakan di bilik mandi ketawa geli hati. siti cuba menyedapkan hati. aku cuma berharap gabungan plastik dan kapas itu tiada sampai ke tangan bunian. kelakar? owh aku memang fikir hingga ke situ sekali. next time bila abc, aku tak akan sentuh air di tempat awam begitu lagi. noktah.
8. khamis, jumaat, sabtu dan ahad lepas gila juga. menjadi runner konvokesyen sebenarnya tak ubah seperti kuli juga rasanya. cuma budget senior, maka kuli ini kuli yang kuat rebel juga aku kira. lebih banyak masa, tido di bilik berbanding menyibukkan diri di tapak expoconvo. sijil nanti entah berkat atau tidak aku tak pasti. tengoklah, kalau interview dapat kerja, berkatlah tuh. kalau tak, tak berkatlah tuh. kah3x..
9. selasa lepas ke ke arowana genting. hotelnya besar dan berhantu barangkali. disana belajar rhythm cpr. the mass cpr programs is at last performed in front of sultan of Pahang and tengku mahkota. both of them berjalan keluar betol2 di depan mata. sultan pahang sporting orangnya. tengku mahkota juga. tapi belum rasa mahu bersalam sama mereka. kih3x.. dorang cakap kira2 2ribu juga manusia di sana. entah betol atau tidak. menipu barangkali. pergi seawal 6.30 pagi dan tiba di ump pukul 9malam. terus ke discussion instrumentation kerana presentation assignment keesokannya. malamnya tido mengeroh macam babi.
10. rabu pula menyibukkan diri untuk program jalinan kasih bersama dekan. dialog2 bagai berhubung isu2 fakulti kimia di ump. susun2 kerusi meja untuk pelajar dan vip. macam hampeh juga tahun tiga sibuk2 lap kerusi untuk adik2. kejar sijil untuk latihan industri. terpaksa ikhlaskan diri supaya tuhan tidak rasa mahu cela nanti. sijil itu biar ada berkatnya ye dok.
11. internet macam celaka. terpaksa berulang-alik ke library mencari journal, patern mahupun thesis untuk dibaca. lappy perlu di restart setiap kali sambungan internet terputus. blogging, facebook, ecom. oh gila gila gila.
12. wanie tunjukkan aku video seekor lembu hidup2 yang digolekkan masuk ke mesin pengisar besar. melihat haiwan itu berhempas pulas menahan sakit sementelah isi2 dagingnya dicarikkan dan dihancurkan lumat si mesin celaka cukup untuk menitiskan air mata. hati aku menangis. manusia sekarang banyak celakanya. celaka celaka. kecelakaan itu bertambah bilamana diceritakan wanie tentang suatu kawasan di China barangkali dimana anjing mungkin yang mahu diambil kulit dan bulunya disiat hidup2 dan dibiarkan mati menahan kesakitan dan kesejukan. celaka lagi. celaka. kulihat video seekor harimau yang memakan seekor monyet yang bunting dimana anak si monyet itu lahir semasa ibunya dimakan si harimau itu. hati menangis lagi bilamana melihat si anak monyet itu dijaga dengan penuh kasih sayang oleh si harimau yang memakan ibunya tadi. si anak monyet panjat pokok dan tiada tahu turun, makan si harimau tolong turunkan. ciumkan dan belaikan. haiwan juga tahu berkasih sayang inikan manusia. sedih melihat dunia.
13. manikam kalbu by faisal tehrani, sejuta cinta untuk ibunda by burhan sodiq, bukan susah nak faham by zahiruddin zabidi, secangkir teh pengubat letih dari hasrizal, juga eat that frog written by bryan tracy. hanya itu yang sempat aku baca untuk tempoh 3,4 minggu ini. review aku malas. itu pertama kali aku mengikuti novel penulisan faisal tehrani selepas suatu ketika punya peluang membaca cerpen pendeknya, manisnya epal dalam ruangan komsas di jenan dulu. menarik menarik menarik. aku belajar menghargai nilai sepasang baju kurung. dan aku juga mampu melihat baju kurung itu kini dari perspektif yang berbeza. buku paling menarik pada aku karya ustaz hasrizal. dari catatan kembaranya, aku mampu melihat bumi turki dari sudut pandang yang berbeza. kalau dahulu aku cuma tahu turki itu negara sekularisme yang hanya memisahkan pentadbiran, pendidikan dan sebagainya dari agama. dari buku itu aku faham budaya mereka. aku kenal masyarakatnya dari kelompok yang berbeza. aku punya masa nanti aku ceritakan in detail tentang apa yang aku perolehi dari buku ini. eat that frog mengajar aku untuk selesaikan kerja tanpa procrastinate, memperkenalkan aku pada konsep Pareto. mempertemukan aku dengan istilah endorphine. nanti aku ceritakan.
14. sudah daftar SPR. terpaksa. atas pertukaran perjanjian dengan ayahanda tercinta. got no choice kalau tak, jangan haraplah dapat claim balik duit handphone. mengundi nanti mahu pangkah pakcik yang punya anak kacak. mana tahu ada peluang jadi menantu misali. kih3x
15. sekarang kuat makan. rasa seperti mahu makan nasi tiga kali sehari. entah siapa yang buang hantu raya dalam badan. berat dari 36kg bertambah ke 38.5kg. rambut gugur hingga kepala hampir licin aku kira. getah oren 6,7 kali pusing barangkali untuk ikatkan rambut yang masih ada. perlu tukar shampoo barangkali. itu hari ketika UNIC datang ke ump, dibawanya sekali seorang ustaz yang kurang keupayaan melihatnya. dan malam itu aku manusia terakhir yang menghulurkan tapak tangan. disoal namaku lantas ditekannya di bahagian tengah tapak tangan seketika. dibilangnya aku sihat cuma ada sakit di sekitar kepala. oh itu perkara biasa. dr fadzillah kamsah juga bilang manusia yang lahir pada bulan 4 memang punya penyakit di sekitar kepala. dalam hal ini tiadalah aku ambil pusing.
16. satu ketika di cafe aku yang khusyuk merenung makcik cleaner mengemop lantai ditegurnya. makcik itu tersenyum. dibilangnya aku, tak apa, jangan risau. pijak pun tak apa. dalam hati sedih. tiada sampai hati untuk pijak hatta setapak di atas lantai yang telah dimopnya. dan aku perhati mereka yang lainnya pijak sesuka hati.
suatu waktu di cafeteria juga bersama siti, aku makan aiskrim di meja. plastiknya aku letakkan sementara di meja dan berniat untuk buangkan nanti di tong sampah. lewat malam juga rasanya. datang seorang makcik yang tugasnya membersihkan meja. diminta izin untuk diambil buang plastik tersebut. dalam hati malu sendiri. rasa bersalah juga aku kira. makcik tuh bilang dengan sopan sambil tersenyum, makcik ambil ya. bukan apa, student nanti makan, plastik2 gnie dia tinggal dekat meja dia tak buangkan. dan aku hanya mampu berterima kasih. silapnya aku, beberapa langkah selepas makcik itu beransur pergi, aku simpulkan pada siti, ya betol student ump nieh memang makan tinggal sampah dan sisa di atas meja. tiba2 makcik tuh datang kembali pada aku. tau apa makcik tuh bilang? makcik tuh minta maaf pada aku. makcik minta maaflah kalau makcik salah kata, kamu terasa. that time hanya tuhan saja tahu betapa rasa bersalahnya aku. really i didnt mean to be this way round. rasa nak nangis pun ada masa tuh.
once, di aras aku, tong sampah yang penuh dengan sisa dan sampah terburai plastiknya. aku yang menunggu siti untuk ke kelas bersama pagi itu berada dekat di situ. tong sampah berbau. lantai kotor tumpah dengan air dari sisa minuman atau meggy barangkali. aku perhati makcik itu mula menjirus lantai dengan air dan mula mengemop. sambil tersenyum tanpa langsung mengeluh diluahkan pada aku ada air tumpah. adik2 buang air sekali kan dalam tong sampah. plastik sampah berat sikit sebab tuh terkoyak dan tumpah. dan dia masih tersenyum. dulu di jenan, aku turut sama bersihkan tong sampah hitam sama junior2 aku. aku faham betapa celakanya rasa bersihkan tong sampah yang busuk dan basah dengan air yang tumpah. tolonglah, my kind of advises is, buanglah sisa air meggy or minuman manis dalam sinki dulu. hanya buang plastiknya ke dalam tong sampah. aku sedih.
dan tengah hari tadi tatkala aku mahu washing, aku lihat makcik mula bawakan gulungan paip, mop dan baldi ke ruang membasuh di ampaian. maka aku berhenti dan mahu batalkan niat dari washing. makcik yang aku kira usianya dalam lingkungan emak aku sendiri, menegur dari jauh sambil tersenyu,. adik basuh la tak apa. makcik basuh kejap je. tak apalah makcik. nanti2 boleh washing lagi.
melihatkan mereka, yang mana usianya lingkungan emak aku sendiri, aku jadi sedih. pada usia mereka, mereka masih pulang lewat malam. masih bersihkan meja di cafeteria dan buangkan semua sisi pada pukul 11 malam. masih ikatkan plastik sampah dan bersihkan tong sampah yang melimpah-limpah. masih mengangkat baldi berat hingga ke aras 4 untuk mencuci setiap tandas, bilik mandi dan ruang washing yang ada. aku sedih kerana melihatkan mereka tak ubah seperti melihat emak aku sendiri. sedih. rindu emak.
17. aku punya seorang lecturer yang mengajar basic laboratory tatkala di semester ketiga yang usianya 40an barangkali. tiada siapa yang suka padanya. quiet2. itu slogannya. but he likes me. damn damn. biar aku ceritakan sesuatu yang tiadalah pernah aku cerita. cuma ini bukanlah rahsia pada siti. eksperimen pertama di minggu kedua lab, aku termanggu2 sendiri di instrument group aku menunggu jp yang busy di group lain. he comes to me then and i was smiling. of course i will smile. its part of me. no doubt. and he came to me, smiling from far and said, u are very beautiful. i was shocked. i mean it. to cover it up of course i keep on smiling. the next class, he would come to me, bringing the signature form n give it to me first. in the other class, he would come to me and ask me a very simple question on the instrument which is obviously better to not ask for. then he would standing there, asking me to speak it slowly and listen to me. once in another period, i was like taking few pictures with the instrument and he came nearby watching me posing and smiling at me. and even offer me to help taking the picture. retard retard retard. the next semester when he is not again my lecturer, whenever he saw me or meet me somewhere walking he will great me and smile from far. pernah satu pagi bilamana aku dengan siti berjalan ke kelas yang hanya selang beberapa kelas darinya. that time memang dah pukul 8 pagi. he was teaching the other class. he hold the door and pull it and almost closed it after his last student entered the class. but when he saw me, he open the half closed door back, and waiting for me to pass over it. smile on me and great me. damn2. siti waktu itu sudah ketawa2. celakanya selalu aku bertembung dengan dia tatkala mahu ke fakulti, library mahupun kelas. baru2 ini mahu ke library, berjalan bersama siti. bertemu dengannya. he saw me. seems so happy. keep on smiling. then laughing and smiling obviously weird. siti ketawa beriya. siti cakap, dia sangat tegas tapi dengan as bukan main ketawa suka. till now, i really wonder. muka aku nieh macam muka girlfriend or wife dia ke? celaka celaka. kenapa aku? jadah ramai lagi awek cun dalam kelas aku tapi tak pernah dilayan sebegitu rupa. he recognized me well till now. psycho. psycho.
18. he: so you are taking chemical engineering.. do u know what is separation?
me: yea. few method on that
he: how do we separate salt?
me : from what? if seawater by desalination. separation by evaporation method.
he: how do we separate sugar?
me: from plants right? by fermentation.
he: how do we separate sugar and salt?
me: by your taste bud
the next 5 minutes he is still laughing. really i don't know what so funny with that. or.. aku sebenarnya yang bodoh?? huh!! %&^$%
19. my roomate, fifah told me. i look happier now. seems adapted with my single life. dia bilang dia tiada mampu lagi untuk hidup sendiri kerana sudah biasa punya teman. aku hanya mampu tersenyum. setahun lebih. susah sebenarnya. jujur sekarang life memang lebih gembira. u spent less money on phone topup and u spent more eating expensive food that u want. u spent no time on dating and u spent more time on reading and socializing with ur buddy. u spent less time to worry and having ur heart feeling but u spent more on understanding the way things happening in ur surroundinge. u talk less and u start to think more. u start to see small things as a big deal and u start to enjoy urself a lot. i am happy. i mean it. i am happy. i saw my friend wearing a necklace with little diamond on it which cost thousand something. i saw her wearing a bonia watch which is not less than 500, wearing a silk baju kurung which cost quite a penny, holding a touch blackberry, facebooking with a white sony viao lappy. she is lucky by her age she got a nice boyfriend with good financial status. and they are going to get marry soon. still i am happy with that. see her dating every weekend, travel a lot, really she is lucky. but, she lost a bit her single life i guess. which is something much more valuable than every single luxury things she have. once kirah text me and ask my opinion is that ok if her relationship with amir diikat dengan pertunangan. i am happy to hear that. sooner or later she is going to get marry with him too. but still i ask her to think twice. taknak habiskan study dulu? taknak jalan2 lihat bumi tuhan dulu sebelum terikat dengan satu komitmen yang panjang? she said nothing but i knew she is taking that thing as something to think on. tapi kirah yang aku kenal aku kira memang tetap pendiriannya, lembut hatinya malah punya pemikiran yang bukan lagi hingusan seperti aku. jika dia berumahtangga di usia muda, aku pasti gembira untuknya. dan jika ditanya aku, apakah mahu terikat dengan relationship lagi selepas ini, mungkin aku hanya mampu tersenyum. tiada mahu berjanji. aku cuma mahu berjalan melihat dunia tuhan sebelum usia menganjak ke angka 3 dan mula memberikan komitmen dalam kehidupan keluarga.
20. susunan cuti macam celaka. seminggu cuti ketika deepavali. seminggu masuk ke kuliah semula. kemudian seminggu cuti untuk hari raya haji. rata2 kawan terdekat mahu pulang pada kedua minggunya. tiket aku pergi balik perlis hampir rm150. kalau 2x pulang dalam satu bulan, bukan sahaja penat aku dapat. duit keluar macam air tahu. maka aku nekad untuk pulang pada cuti raya haji. deepavali di sini sudahlah. sorang2 barangkali andaikata fifah juga jadi untuk pulang ke kl dan siti ke kota bharu. movie marathon di kuantan hari2 barangkali. tido dan berfoya-foya makan tosei dalam mimpi. celaka celaka. sapa arrange cuti nieh ha??
1-20% tu banyak kot..trust me..i know
ReplyDelete2-you'll never know about something until you get to know them..
3-xpa pegang mic tiap2 minggu. practice public speaking.
4-oh, arab bahasa yang ada jantina jugak eh..menarik!!
5-tukar ngan aku je As..aku punya tembat ulat beluncas..lagi menarik..haha
6-aku x boleh makan benda2 manis macam tu..mcm ko makan i mean
7-definitely air kotor..aku selalu test dulu, kalo x nanti gatal satu bdn, seksa
8-aku dengar 1 forum bermanfaat masa pesta konvo haritu, U.N.I.C ada skali
9-plan nak gi genting ngan teman2 serumah masa cuti deepavali, harap2 jadi
10-LI kena ada sijil, at least ada. aku jenis pemalas nak buat benda yang aku malas nak buat..haha..
11-knapa kena restart laptop bila internet putus?
12-aku dah jadi tak heran bila ko guna celaka. aku jumap makcik tu awal bulan lepas, sengaja keluar dari mulut dia 'celaka', terkejut aku. sama umur ngan nenek aku kot. tak pernah aku terbayang nenek aku pkai word 'celaka' depan aku. less respect for her from me then. sorry makcik - aku boleh tgk vid2 mcm tu kalo muvi je sbb aku tau tu hanya lakonan, konsep sama digunakan masa tgk cerita yg tak brapa seram. kalo btul2 aku xnak tgk
13-artikel, novel yg ko bagi kat aku haritu pun aku x terbaca lagi. masa cuti je bleh fokus skang benda2 mcm tu. dah pandai pkai word procrastinate eh..haha
14-aku tak daftar lagi. x ngam lagi ngan ahli2 politik
15-aku makan nasi hampir 3 x shari kot..berat ko 1/3 aku..ya allah..beratnya..hoho
16-kesian kat mkcik..kesedaran sivik ni mmg xda beza eh pompuan ngan laki..x bleh nak kata yg ni lagi elok dari yg ni, kalo bab smpah
17-sah
18-jwapan ko lawak As..haha..aku pun gelak..bukan bermaksud jwapan ko salah
19-bapak loaded bf dia..dah confirm ke nak kawin smpai invest mcm tu skali. aku tak kot.(kalo brg tu kwn ko beli sndiri, ignore this comment)
20-aku ada 2 midterm sblum cuti..best
-mcm mana ko bleh tulis panjang mcm ni. ko buat note dulu ke?simpan kot2 idea tu hilag, terlupa? haha
fuhhhh. ni dendam bpa lama tak blogging ni??? hahaha
ReplyDeletepanjang berjela jela as...tapi suka part yg no 17 n 19...hahaha macam2 la as
ReplyDeletehaha..bapak pjg!
ReplyDeletemmg dpt A+++ la esei ni.
btw, mmg mmpu buat i juling mate.O_o
mmg xmmpu nk komen satu2 but i do really read the whole story.
dan yang nyata mmg ade byk nama siti. -..-'
panjang gila..tak larat aku nak baca..ish2..
ReplyDelete18.
ReplyDeletecampuran gula+garam, masukkan dalam alkohol. gula larut, garam tidak. tapis garam. kemudian sejatkan gula dari alkohol. macam proses desalination. panggil desugaration ke?haha
subaili:
ReplyDelete1. mmg bnyk. n this paper i only got 1 test n 1 final test for 30%. yg lain carry mark
2. no doubt
3. im a good presenter here. n i love presenting.
4. arab bahasa yg susah kot. setiap benda mahu dibezakan. cucu sblh mak lain. cucu sblh ayah lain. lembu jantan lain. lembu betina lain. bnyk gila words dia.
5. skrg dh pandai upload gmbr dr handphone ke fb. ckit hari lagi pandai yg lain. xjadik tukar phone.
6. ko mcm 2nd hero dlm citer my boss my hero. xsuka benda manis.
7. klu air kotor org lain xgatal2 pown.
8. UNIC bilang dia dr u ko ke u aku
9. jadik ke xweh? dah cuti deepavali nieh. singgah gambang bawak hasil k.
10. mmg wajib ada ke? ko ada sijil ke x nk LI ritu?
11. internet gila. sbb bila restart, n cucuk balik plug cable, internet jadik laju seminit 2 sblm putus.
12. so i guess ko pown dh less respect pada aku sbb aku biasa sebut celaka. so jgn tgk
13. ya dah pandai. bulan lepas je membaca. bulan nieh baca journal je spnjg masa. xsempat nk pinjam buku lain.
14. dftr je. xrugi. mengundi belakang cite. jgn lgsg xnk amik tahu. sbb hal kita bnyk dipengaruhi politik juga
15. kurangkan berat!! pergi gym
16. absolutely. kdg2 perempuan lebih teruk. tinggal mug dgn milo basi atas sinki berhari2. bau. makcik yg bersihkan in the end.
17. babi
18. dia expect aku tahu semua benda kot. jadah mnder ingt aku pandai
19. org kapal. hehe. worth it je sbb kawan aku tuh baik orgnya. xrugi pown
20. aku ada 4 test pas cuti deepavali. celaka
shiela:
ReplyDeletehahaha.. xde la lama pown. idea mencurah-curah ke ladang gandum. skalik skala bagi ruang utk diri memerhati dan berfikir dan tinggalkan kejap dunia maya seronok gak.
shima:
shuhhhh.. jgn kecoh2 tau. bhahaha.. btw tahu ke lecturer yg mana? haha
siti:
hahaha.. baru perasana. mmg bnyk betol nama u i mention dlm nieh. haha!!
zul:
jgn baca!! haha. ko klu kasik artikel pasal batu crytal kerak bumi permata ulam raja kanser hati sakit mata bagai berjela2 pagenya tak komplen plak baca. haha
jenanese:
mmg wujud ke method nieh? desugaration. ke ko temberang aku nieh? aku baru tahulah gitu cmna nk separate gula ngn garam. kesian aku. haha