Merendek malam2

Bismillah..

Tadi pas makan nasi air pakcik kelantan sambil layan Manchestar United dan Manchestar City (betol ke aku eja Manchestar?) tendang2 bola kiri kanan depan belakang, aku ke perkampungan Cina depan kk3 sempena sambutan Chinese New Year. Best la gak. Sempat la main tangkap2 limau ikut mulut dan baling spongebob basah ke muka manusia2 yang berlindung di belakang lakaran2 kartun. Kalau kena dapat point mender ntah. Tengok tanglung yang bercahaya, manusia2 yang berpakaian tradisional cina, dan tengok golongan VIP dan golongan tertentu makan besar. Makan besar tahu?? Dekat stage pula that time ada persembahan paluan gendang besar cina tuh. Mnder ntah nama dia aku lupa. Nice la. Aku suka performance tuh walaupun main ketuk2 je. Then before merajinkan diri ke Manisfesto (CHEST) Chemical Engineering Student Society, sempat cuci mata tengok tarian Cina berpakaian ala2 gundik2 maharaja zaman dulu dengan make up opera dan bunga di sebelah tangan. Ada buih2 g wa cakap lu waktu performance tuh. Memang comel la amoi2 nieh. Disebabkan manifesto dah bermula, kitorang pown berundurlah selepas performance tuh.

So, wishig you guys Happy Chinese New Year (tahu dah lambat)
Picture credit to Geraldine' fb (gambar tahun bila ntah baru nak tunjuk korang)

Manifesto, macam biasa setiap perwakilan akan memperkenalkan diri masing2 dan membentangkan beberapa agenda atau perubahan yang diorang nak buat sepanjang memegang jawatan. 

Apa yang aku perhatikan tadi, ramai perwakilan yang mengambil jalan mudah dan low profile or down to the earth la kiranya. Yang ke depan dengan point pertama yang sama. 
  1. "Kita dah tengok dan dengar macam2 agenda dan perubahan sebelum nie dari perwakilan lain, dan saya tak nak la berjanji dengan perkara yang macam2, anda rasa anda yakin, undilah saya."
  2. "Banyak yang boleh bercakap, tapi tak mampu buat kerja, dan ada yang tak pandai bercakap, tapi berkemampuan buat kerja. Saya mungkin tak pandai bercakap, tapi saya tahu saya boleh buat kerja"
Tak bagus gitu. Aku tak kenal korang. Suruh percayakan korang tapi tak berusaha pun untuk membuktikan komitmen korang. Kalau orang suruh minum susu basi pown ko nak ikut ke. Tak mungkin kan. Kalau kenal lain cerita sebab dah tahu korang macam mana. At least, comes out la dengan 1 agenda yang walupun kecil, korang usahakan sampai berjaya. Dan pada yang berkobar2 cakap mahu itu ini tuh, buat la ya. Allah benci orang yang hanya pandai bercakap tak buat kerja tapi Allah suka yang istiqamah dan bersungguh2 dalam setiap apa yang dia kerjakan walaupun kecil. Apapaun. semoga berjaya!!

p/s: Next time nak fikir 77x dulu sebelum nak pergi manifesto. Fobia untuk berjanji dan fobia untuk mendegar janji.

2 comments:

  1. haha..beselah tuu..
    cakap berapi, kentut berasap!

    pape pun hopefully mereka2 yang dapat jwatan tuu nanti akn betul2 buat kerja dan bukannye sekadar nk dapat nama dn pgkat dan berasa diri ko bagus dari yg laen!

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. tgk ada few gak yg boleh buat kerja.. tp yg riak pown tgk ramai smlm.. yg menjatuhkn org lain dan mempermainkan agenda dan ucapan org lain pown ada. obviously people can judge either she or he is a good leader or not just from their speech..

    cakap berapi kentut berasap ye.. haha!! mongok je statement tuh kecik..

    ReplyDelete