Printer, culture dan kuasa yang menggila

Bismillah..

Ana Rafali.. Kenapa?
Tak ada apa.. Saja nak mention biar dia terbatuk kecil atas stage. At least dia tahu ada orang seru nama dia. wakaka.. Kalau semalam dekat stage AJL malam nieh dekat stage u aku. Sempena majlis Malam Sayembara Puisi Riong. Terfikir juga, kenapa dia yang dijemput bukan A Samad Said. Pandai bersajak kah dia? pedulikan. takde kaitan kot dengan aku.

Aku terkilan. Sebab aku teringin nak pergi majlis nie. Excitednya lebih dari konsert Matahari bilamana Faisal Tahir dan Amy Search datang dulu. Excitednya lebih dari anugerah skrin dan juara lagu. (Ohh, aku tak layan pun semua yang aku mention excited tadi, tak tengok pun, berhingus pun tak).

Antara yang memeriahkan
Ramli Sarip, Ana Rafalli, penyanyi Jazz Taheera Rosheena; Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 2000, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin; penyair Pahang Marsli NO (Ramli Selamat), Juara Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, Peserta Akademi Nasyid 2008, Mohd Shukri Nasron (Cicik), Ambakri, Aimas, Penyair indie, Fynn Jamal dan penampilan Ahmad Fitri Yahya sebagai pengacara.

Kenapa aku nak pergi majlis ni?

  1. Saja.. Sebab dia adalah malam puisi yang pada aku boleh membuka minda. Bertemakan "Apakah Dosaku", yang mengupas isu pembuangan bayi dan gejala sosial di Malaysia sekarang.
  2. Nak jumpa Ramlee Sarip dan Ahmad Fitri Yahya. Thats all. Mampos la korang nak cakap ceramah agama aku tak pergi artis datang gatal nak jumpa. Mampos. Aku pedulik hape.
Tapi kenapa aku tak pergi?
At first dia jemput semua student. tapi hari ini ada pula cakap2 hanya 10 orang wakil dari setiap kelab dan persatuan. Ada tiket yang diperlukan sebagai border pass. Border pass siot.. Vocab macam cipan As. Dan kemana tiket tuh pergi? Well, tak perlu banyak cakap, siapa yang punya jawatan, maka dia ada kuasa untuk memilih geng2nya manakala golongan yang plain skema mandorm slow motion seperti aku hanya boleh meleleh air liur hingus juga tengok mereka yang berpengaruh dan berkuasa bersiap ke sana dengan gembiranya. Termasuklah roomate aku yang punya kawan yang memegang jawatan dalam persatuannya. Oh sadisnya.. Betapa penting kedudukan dan kuasa seseorang dalam sebarang urusan. Politik Malaysia? Begitulah hendaknya.. Sigh..

Manipulasi institusi pendidikan
Itu yang terjadi dalam u aku lately. Selama dia ditubuhkan, last year buat pertama kalinya artis dijemput masuk pihak Universiti sempena graduasi dan konsert Matahari. Artis jemputan seperti yang aku mention tadi. Faisal Tahir dan Amy Search. (Ayah Faisal Tahir professor dr doh, mengajar aku Physical Chemistry. Berkulit cerah dan bermuka bersih jauh lebih handsome dari Faisal Tahir) Penentangan hebat dari Majlis Perwakilan Pelajar tak diendah. Majlis diteruskan. bermula dari situ, time by time artis dibawa masuk. Once dah mulakan, memang akan jadi trend. Tempat yang dulu bersih dari sebarang hiburan, institusi keilmuan yang bersih dari sebarang unsur hitam, kini.. Lu pikir la sendiri.. Nak terkencing aku pikir..

Kesimpulan
Printer Canon MP258 yang aku pasang CISS (external ink) buat perangai kertas jam dan warna tak nak keluar. Tolong aku kalau tahu. Allah balas berjuta2 hingus kali ganda. (kesimpulan ada kaitan dengan entry?)

update: Roomate aku cakap yang takde tiket pon boleh pergi. Emm.. Aku antara yang terpilih untuk tak pergi. Sayang doh Allah kat aku. hohoho horlicks.. (mungkin golongan minoriti dan hingusan macam aku hanya layak terpilih untuk mendengar ceramah Ustaz Azhar dan Lim di masjid). ok la dari tak terpilih langsung. Menangis golek2 guling2 keluar hingus air liur basi semua.

Hebatnya sistem kasta Malaysia. Teruskan.. Biar ada yang meleleh hingus nanti bilamana dah hilang kuasa dan terpaksa jadi kuli. Sesekali dah dapat terbang ke langit, pandanglah rumput yang masih di bawah. Dulu pun taik kucing yang kat rumput tuh jugak yang ko pijak. Lagi nak berlagak.

8 comments:

  1. wow!kalau aku ada,aku tringin sangat nk tgk pkcik samad said.masuk impian aku kot!

    ReplyDelete
  2. pakcik samad takde la kirah.. aku pun tingin nak jumpa dia gak. usman awang ke. faisal tehrani. takpe la kirah. tggu ang jadik sasterawan negara, mungkin time tuh baru berpeluang jumpa yang lain. (sasterawan? girl pown sasterawan ek? biduanita apa plak? owh, ceteknya ilmu..)

    ReplyDelete
  3. tula pasal..bapak sedih..
    punyalah susah payah fedtri datang sini nak jumpa ngan i..sekali tak dapat pun jumpa dia..hua3

    masalahnya da siap plan bagai kott!
    takpelah as,da tade rezeki kott..mana tahu malam ney kita pergi sana tetibe terjatuh dalam longkang sebab berasak-asak..

    so, that's why kita di takdirkan untuk duduk kat bilek malam ney..sambil duk pikir2 apa yang dorang buat kat sana..wo wo wo..

    lantaklah! malas nak amek pusing..=)

    ReplyDelete
  4. "punyalah susah payah fedtri datang sini nak jumpa ngan i..sekali tak dapat pun jumpa dia"

    oh.. ayat tak leh blah betol kecik.. haha.. perasan gila doh.. fedtri pown tak kenal u.. haha..

    tu la.. setiap benda ada hikmahnya.. wink3x..

    i tengah download microsoft visio 2001.. 237mb jepown.. tp smpi 5 jam.. gila la.. try check u ada tak microsoft visio.. i tak de.. no choice kenalah download..

    ReplyDelete
  5. kempunan la ko as..haha...post me'release'kan stress.

    ReplyDelete
  6. haha.. xkempunan dah pown.. n ana rafali demam dapat trofi kot.. xdtg pown malam tuh roomate aku cakap.. tp ramli sarip datang.. sedih ckit la.. haha.. apsal release stress? haha

    ReplyDelete
  7. aku x igt apa benda aku pikir masa comment post ni dulu..btw, MP258 tu yg bleh scan eh..kalo warna x kluar, try check ada bubble x dlm tiub dia tu..kalo xda, just clean nozzle..ada dkt part maintnce kat printer properties

    ReplyDelete
  8. a'aa.. yg boleh scan tuh. dia xde buble. tp ink xmasuk la dlm catridge. dkt hujung tiub tuh dia kosong je. dh injet masuk kejap pastuh kaur balik. mcm celaka. baru g servis baru2 nieh. mula2 ok la. skrg problem balik. habis duit aku

    ReplyDelete