Chapter 1: Hello Shah Alam, hye Nitto Denko!
Hello Yana's blog. Update sikit.
Rumah sewa di ttdi jaya. sewa 110 sebulan. api rm5, air free kerajaan selangor bagi. ada tv 10 inch barangkali, mesin basuh, peti sejuk dan dapur. juga pak guard bangladesh dan india mari. beserta kolam renang. lintas jalan jumpa 3 kedai mamak besar dan beberapa supermarket, shell, petron, dan petronas. maybank juga. ya, semuanya hanya dengan lintas jalan. oyeih! oh, rumah kongsi 8 orang. lol
pergi kerja pukul 7.30 pagi, balik pukul 5.30 petang, sampai paling awal sejam kemudian. 8km lebih je kot. penat tekan clash dan tarik handbreak. hujan sejam pun tayar kereta dah tenggelam hampir separuh. macam pagi tadi. hari nieh 1st time xkena hon dari belakang. hari pertama paling teruk. kat sini kena harap tangan pakcik traffic bukan lampu isyarat. euuww. perlis juga best.
kerja ok. uniform tadi baru dapat. partner satu group yang masuk sama hari dan kini jadi kawan namanya Muni. lunch murah. ayam dan sayur rm2. tolak kupon makan rm2 sehari, jadilah free. dah 3 hari makan sentiasa free. basic starting rendah. permanent tambah 200. benefit biasa2 saja. elaun kesihatan 800 setahun. kahwin dapat 300. dapat anak sorang 100. ahli keluarga meninggal 2/300. beli transport atas nama sendiri elaun 100. rumah sendiri 130. elaun minyak bawah 10km 100. balik kerja suka2 hati pukul berapa, sejam cuma tambah rm5. bonus 2 tahun sekali. itu je aku ingat. nanti aku ingat aku tambah lagi.
jam laptop pukul 12.45am. belum mengantok tapi mahu tidur takut lewat terjaga esok hari. nanti esok aku sambung cerita lagi. okeih??
new chapter maybe?
is packing and enjoying the last day at home.. cepatnya masa berlalu.. beratnya hati.. 90% memang rasa tak nak kerja lagi. aish..
shah alam. please be nice to me. nice housemate. nice working stuff. nice people on the road. nice traffic. nice price of food. saya dah biasa tinggal dikalangan mereka yang bawa kereta 50km/h di jalan utama. saya dah biasa buka pintu rumah nampak telaga dan pokok kelapa. saya tak boleh hidup dalam suasana jalan TAR, tengok kereta berhimpit, bangla jalan laju2, pembeli, peniaga, pelajar, peminta sedekah, dan entah siapa2 lagi yang sentiasa dalam keadaan sibuk dan serabut. saya pernah pergi sana sekali, dan saya tak nak pergi lagi. saya harap shah alam tak buat macam tuh dengan saya. ='(

Subscribe to:
Posts (Atom)