r.e.s.u.m.e




Mungkin gua kena tampal2 gambar Monkey De Luffy dgn krew One Peace lain. Or mungkin gambar Naruto skalik dekat resume gua. Isnin nieh gua ada test thermo ngan advance separation. dan gua kena siapkan design distillation column. tapi time nieh jugak gua sibuk nk wat CV. sebab gua nak apply kat sini. benda gua dah tahu lama. tapi esok tarikh tutup. species buat kerja last minit.

update:
Bukan main gua google contoh CV. last skalik CV gua rupa dia lemau macam nieh je. Kah3x. Edit CV praktikal training dulu je. ada rezeki dapat. xde rezeki g carik tempat lain. jujur gua xnak kerja lagi. belajar pun xnak. gua nak pegi program2 macam tuh je. ayah gua dengar, kecik hati dia. hehe.


Tuhan beri ko masa lapang supaya nanti dia dapat kasik ko masa sibuk pula. Dia kan adil. Aku kira dah wajar aku sepak terajang Prison Break, Naruto dan One Peace tuh jauh-jauh sebentar.

Mass energy balance, simulation, design distillation column, heat exchanger and reactor, itu bukan kerja seminggu dua. Mungkin cuti mid sem pun terbang entah ke mana. 

Lecturer aku cakap, enthalphy tuh is function of state not pathway. Selagi permulaan dan pengakhiran ko pada keadaan yang sama, tak kira jalan mana ko ambil pun, yang paling penting ko berakhir dengan ketetapan yang sama. 

Kadang-kadang terfikir juga, kenapalah dulu aku bodoh sombong sangat. Pilih bidang atas dasar percaya yang diri berkemampuan dengan sesuatu yang dikatakan punya extra kesusahan. Kalau boleh ulang masa, mahu pilih jalan mudah-mudah saja. Sebab jalan mana pun yang aku pilih, pengakhirannya tetap pada ketetapan yang sama. Masuk liang lahad juga.

Yana, ko kufur nikmat.
Tuhan bagi peluang belajar pun masih banyak cakap. Cakap pandai. buat tak reti. Sel otak dah mati barangkali.

Final Semester (3) : Sungai Lembing, Kuantan

24 March 2013
Off from UMP at 5 am. Suboh Prayer at Masjid Sg Lembing. Mula panjat Bukit Panorama 5 minutes before 7am. Our group ke atas, orang lain dah turun ke bawah. Misi tengok sun rise gagal. Tapi gembira. Kaki sakit macam celaka semua sebab tangga. About 8.45 am dah ada di bawah semula. Proceed ke Muzium Sungai Lembing. Masuk percuma. Mandi-manda dan BBQ di Sungai Lembing bawah jambatan Kampung Orang Asli. Bawa dapur portable dan masak tomyam lagi. Sungai air jernih gila. Tapi sayang batery phone tak dicharge, baik di muzium apatah di sungai, keduanya tak sempat nak snap gambar banyak-banyak.