Sudu besi

Mujur Allah titipkan rasa lapar pagi tadi. Terus buka loker, ambil gelas. Tatkala mahu cedok serbuk koko 1 malaysia ke dalam, baru perasan sudu pun tiada. Terencat seketika. Berlari-lari ke tong sampah kemudiannya.

Buang sudu besi lagi..

Kosek sikit-sikit. Jumpa. Basuh.
Keluar bilik air, makcik tengah bersihkan tong sampah. Lewat seminit tadi, sudu hilang lagi. Yana, bila mahu consume Omega??

Semalam

Sudah present semalam. Lega.
Present kejar masa macam celaka. 
Sudahlah banyak kena tanya. Tak apalah.



Sekarang sedang berperang pula untuk siapkan simulation.
Aspen Plus nieh memang menyampah juga. Sabar jelah. Sendiri pilih tajuk..

Kosong

Esok presentation. Takut. Bukan kerana presentation mahupun panelnya. Tapi takut kerana terlalu selesa. Tak rasa apa-apa. Tak rasa mahu membaca. Kelam-kabut pun tiada. Gemuruh juga entah kemana.

Pandang sahabat-sahabat yang gelisah dan status-status facebook yang hampir semua sudut bercerita tentangnya, dengan pandangan kosong. Kosong..

Sesuatu yang selalu terjadi bilamana sepertinya sudah tiada mahu ambil peduli.

Ya Allah, perbaikilah sikapku terhadap ilmu. Bukakanlah simpulan lidahku agar mampu aku menyampaikan ilmuMu dan mudah orang lain memahami percakapanku. Permudahkanlah urusanku.
Kalian, doakan aku.