Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering)

Entry ini untuk menjawab pertanyaan junior aku. Tapi sumpah aku gembira kalau penulisan nieh juga dapat bantu adik-adik kat luar sana yang masih tertanya-tanya tentang Kejuruteraan Kimia. 

Diingatkan penulisan dan perkongsian aku adalah daripada apa yang aku perolehi dan aku fahami secara kasar selama 5 semester aku belajar di Universiti Malaysia Pahang dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Pure). Dan disini aku taknak ambil kisah sistem universiti lain. Aku hanya tulis apa yang aku tahu saja. Dan ilmu apa yang aku dapat mungkin berbeza dengan apa yang kawan-kawan aku dapat bergantung kepada kemahuan masing-masing untuk belajar. 

Proses pembelajaran
Spm ->  matrikulasi (setahun) -> degree in chemical engineering (4 tahun)
Spm -> diploma (3tahun) -> degree-direct entry (3tahun)

Yuran pengajian untuk ijazah kejuruteraan kimia selama 4 tahun bagi ump kira-kira rm1200 satu semester. Ada 8 semester so kira sendiri. Dan  pinjaman ptptn aku sebanyak 28k, 3.5k setiap semester. Kebiasaan anggaran yuran dan buku teks sebanyak 1.5k setiap semester.

Kejuruteraan Kimia
What is chemical engineering? Chemical Engineering is a group of industrial processes in which raw materials are changed or separated into useful products. Aku copy bulat2 dari lecture note. Kah3x..

Secara general, apa yang kita belajar adalah macam mana dari feed product tuh kita nak dapatkan hasil. Kita akan design setiap unit komponen yang kita guna. 

Contoh macam niehlah, kita nak produce 10000mtons per year komponen C. 
A+B -> C+D
Feed (raw materials) kita adalah A dan B. Dekat reactor A dan B reacts produce C + D contohnya. Sebab kita nak C, so kita kena separate C dan D pula.


Jadi disini, kita akan belajarlah jenis reactor macam mana yang kita nak kena guna. Dekat reactor kita perlu ada guna catalyst untuk percepatkan process ke tak. Size dan diameter reactor besar mana. Ideal reactor macam mana. Nak tahu reactor yang bermasalah pula macam mana. Ini semua kita belajar dalam subjek Chemical Reaction.

Jenis reactor nak guna bergantung pada raw materials juga. Thats why kita belajar thermodynamic. Maka kita akan belajar properties of materials pula. Temperature and pressure materials macam mana. Boiling point berapa. Heat energy macam mana. Enthalyphy entrophy kena ambil kira.

Sebelum masuk reactor kena tahu A banyak mana, B banyak mana. Bila react dan kuar C banyak mana, D banyak mana, A dan B yang masih tinggal banyak mana. Heat masuk berapa, keluar berapa. Ini asas dan paling penting. Ini kita kena belajar material and heat balances.

Bila dah dapat C dan D nak kena separate kan. Jadi kita kena belajar separation process. Nak separate (asingkan) sesuatu macam mana. Contoh bahan kimia kita solid dan air, sebaiknya kita nak pisahkan dia guna apa. Kalau 2 mixture berbeza dalam liquid form or gas form, kita nak pisahkan guna apa pulak. Dan seterusnya. Jenis separator tuh ada banyak bendalah. Contoh distillation column, evaporator, absorber, extractor, dryer etc. Inilah yang berat. Setiap jenis separator nieh kita kena belajar. Dan design setiap satunya berbeza. Subjek ini sangat-sangat penting. Dan sangat-sangat susah bagi orang malas. Dan slow.

 

contoh sebahagian dari apa yang dipelajari

Secara asas itulah yang kita akan belajar. Nak produce satu chemicals dalam jumlah yang besar dari raw materials yang kita ada. Sebelum dapat final product, akan ada chemical reaction berlaku di reactor. Akan ada proses pemisahan antara 2 chemical berbeza maka perlunya ilmu separation. Dan sepanjang proses itu akan adanya unit-unit pembantu lain seperti heat exchanger, cooler, pump etc yang mana sebahagian daripada ilmu transportation process yang kita belajar.

Benda lain yang perlu tahu

1.Kena ada basic Kimia, add math dan fizik. Dan course yang sesuai, Chemical Engineering (Pure) dan Chemical Engineering (Gas). Kalau ada basic Kimia, add math, fizik dan biology boleh applied Chemical Engineering (Biotechnology).

2.Kalau tak tahu nak ambil Pure, Gas or Biotechnology boleh pilih pure macam aku. lebih general. kalau berminat kepada kesihatan, hasilkan ubat dari herba, dari tanaman, hasilkan gula dari kertas terbuang, kulit pokok apa-apa ke, hasilkan bioethanol dari rumpai laut sebagainya, ambillah Chemical Engineering (Biotechnology).

3. Mathematics paling penting. Kalau dah sebut kejuruteraan memang tak mampu lari dari kira-kira. Kedua fizik. Selebihnya kimia. Hampir semua subjek yang aku belajar tak mampu lari dari matematik. Dalam subjek Chemical Reaction contohnya, anda memang tak akan mampu lari dari Integration. Integrate integrate integrate. Sampai muntah.

4. Silibus yang aku belajar (sehingga semester 6)
Rujuk juga penerangan aku diawal tadi berpandukan warna. Mungkin akan lebih jelas. 
Lab juga sangat banyak. Lab satu kredit. Tapi susah sangat nak score. Dan time consuming. Setiap lab berbeza. Ada lab dimana kita akan belajar untuk guna alatan makmal seperti HPLC, gas comatography, uv spectrum sebagainya. Aku dah lupa. Kah3x.. Alatan-alatan nieh kita akan guna untuk check properties dalam raw materials. Contoh nak check kandungan apa ada dalam air coke. Or check air sungai ada chemical compound apa dalam tuh. Ada lab kita belajar tentang reactor je. Jenis reactor ini itu dan macam mana setiap satunya beroperasi. Kita belajar tentang pump. Cooling tower. Piping system. Valve. Distillation semua. Motor. Engines. Practically there. Semua ada dalam open and closed lab. Lab yang gila babi besar. UmP la. U lain aku tak amik port.

Subjek lain seperti English. English biasa kita akan belajar presentation skills. Technical writing. Macam mana nak tulis proposal untuk research. Macam mana nak tulis report untuk thesis. 

2 subjek paling penting sebenarnya adalah plant design dan projek sarjana muda. Semua yang kita belajar tadi guna dalam plant design. Plant design nieh macam, ok ginielah. Pilih tajuk. Contoh production of 10000mtons per year ethylene. Then dari situ, kita kena fikir tapak mana kita nak pilih. Nak buat kilang kita dekat mana. Luas kawasan tapak berapa. Raw materials kita apa. Nak ada berapa distillation column. Ada berapa reactor. Heat exchanger. Pakai materials apa. Besi ke steel ke. Piping system. Production kita nanti macam mana. Quality control of product macam mana nak ambil kira. Sisa buangan kita nak treat macam mana. Pergi ke water treatment plant ke apa. Dulu waktu aku siapkan integrated project, aku ada rujuk disini. Sedikit sebanyak inilah yang dikatakan plant design. Korang belajar 4 tahun untuk finally dapat came out dengan satu report macam nieh. Taklah sedetail nieh. Nieh contoh report yang memang dari industry.

Untuk projek sarjana muda, ok amik satu tajuk. Proposed. Run experiment. Came out dengan report. Tajuk tuh terpulang. Selalu lecturer keluarkan bergantung pada minat student. 

5. Software
Matlab, Polymath, Autocad, Aspen Plus, Microsoft Visio etc

6. Equivalent subject
Tengok table subject tadi. Nampak pre-requisite bukan? Itu bermaksud untuk ambil subject itu, kena lulus dulu subject yang menjadi pre-requisitenya. Ada subjek kalau kita failed, 2 ke 3 paper kita tak boleh ambil sebab bersangkut. Ini bahaya. boleh membawa kepada extent tahun pengajian. Macam dekat u aku, org lain belajar 4 tahun, ada yang terpaksa sampai 5 tahun. EH btw, failed paper perkara biasa.

7. Open booked paper
Subject-subject yang aku warnakan kat atas semua open-booked. Jawab exam boleh rujuk buku. Sebelum exam contenglah banyak mana pun dekat buku, trust me nanti dapat soalan tak boleh jawab jugak. Harga buku rujukan kebiasaan rm50-rm100 sebuah. Selalu 60,70 ringgit. Takde choice, kena beli buku kalau tak, tak boleh jawan exam.

Aku rasa itu jelah kot asas chemical engineering. Apa lagi korang nak tahu. Btw aku tulis hanya apa yang aku tahu. Aku baru berada di tahun ketiga. Banyak lagi baki subjek yang belum aku ambil. Jadi ini jelah yang mampu aku kongsi. 

Prospect kerjaya aku tak tahu sangat. Aku belum bekerja. Entah-entah bila kerja, apa yang belajar nieh tak guna pun sangat.

Update:

Ini aku kena mintak tolong senior paling tinggi jawab. keh3x..

Rumusan yang tertunggak

Paper dah habis tadi. Tarik tisu lap hingus. sob3x.. apa aku jawab nieh meh. sob3x.. Tak apalah. Apapun aku dah janji nak upload gambar sepanjang 2011 kan. Untuk korang2 nieh, ya korang2 yang 2,3 kerat je jumlahnya. Itupun ada hati lagi masukkan url blog aku untuk web analysis. Sapa punya kerja ha nieh? Aku rasa ini mesti kerja Subaili. Sebabnya, dalam 2,3 kerat nieh dia yang aku rasa paling berteknologi. Aku tengok jugak web analysis tuh. macam celaka lah jugak harga blog lagi murah dari nasik ayam cafe mak datin. tapi kalau dah sehari 4,5 pageview je toksah nak bising2 la kan.

Event nieh tak tersusun langung ikut tarikh. Aku main redah upload je. yang pasti 2011. Tengok boleh. Right click and save as jangan. Sapa gatal tangan buat jugak aku sumpah dia jadi tong ais simpan ikan.













banyak lagi nak mampos tapi aku dah malas dah larat nak update dan upload. jom balik jenan, beraya dengan budak jenan, bengkel latihan kecemasan, gambar gua pergi berjalan dengan ayah gua di sempadan, etc2 banyak lagi. rajin nanti ada sambungan. tapi rasa macam malas dah. dan setiap event gua letak satu gambar saja. gila hape engkau banyak kot. (lain kali habis event terus update and jangan delete2 entry lagi). baiklah.

dan maaf entry kali nieh bahasa macam celaka. nasib baik eden dah stop google finding. jadik yang dapat baca blog gua cuma ekau2 yang 2,3 kerat nieh je. kalau nak belajar bahasa jangan dekat sini ek. hahaha..

eh btw, sapa yang selalu buat website analysis dekat blog aku nieh. tak puas hati sungguh!! boo..

pertama kali

pertama kali naik exora
pertama kali beli stokin rm2
pertama kali tahu bola bowling jarinya guna tiga
pertama kali main bowling sepanjang usia
pertama kali tak power mana, kemudiannya biasa-biasa, ada sekali jatuh semua, dan banyak kali tergolek dalam longkang saja
pertama kali berkaraoke
pertama kali melihat novel jeffrey archer dan paulo coelho didepan mata
pertama kali aku lihat POPULAR sesak gila, beratur hingga ke hujung dinding sana
pertama kali terlepas naruto dan gemersik kalbu setelah seminggu dua mengikuti dengan jayanya
pertama kali tulis pertama kali sebanyak ini

i am happy actually. nak update panjang-panjang letih sebenarnya. nanti aku update entry ini dengan sedikit gambar barangkali. lama rasanya aku tak tampal muka sendiri di sini. ok ok??

aku pegang buku nieh tadi
ada banyak lagi buku dari author nieh. subaili cakap housemate dia suka. aku nak cuba baca. memandangkan aku belum familiar dengan penulisannya, aku mahu bermula dengan cerpen dia. tapi popular bapak banyak orang la. maka beratur separuh, terpaksa dengan berat hatinya pulangkan buku nieh ke raknya. dahla ada satu nieh je. sob sob.. bukan rezeki.

btw lepas ini aku publish entry yang dah lama dalam draft. sebab aku berjanji maka aku publish. tadi dekat forum perdana ustazah tuh cakap tiga ciri orang munafik salah satunya bila berjanji dia tak tepati.tiba-tiba takut. wowowo..