Dengar roda beg manusia-manusia yang mula beransur pulang rasa puaka juga. Aras aku sunyi. Pukul 10malam macam 3pagi. Dengan lampu aras yang terpadam, suram lagi kelam, rasa macam hidup dalam alam bunian pula. 

Tiada manusia, maka boleh dikatakan tiada juga bahan sisa. kucing-kucing comel lote lagi montel mengiau merayau penuh kelaparan. 

Langkahan ke tandas terhenti dek 2 ekor kucing yang mengiau seksi berjalan membontoti dan berlegar di kaki. Aku dalam hati, "lapar barangkali..". tong sampah aku kuis-kuis 2,3x. kasihan sebenarnya sama mereka. 

hampa. 
tong sampah tiada sisa nasi seperti kebiasaannya dia.

aku menapak semula ke bilik diiring hebat sicomel kucing. "lapar kan? tunggu kejap ya, amik tam tam kasik kamu". loker aku buka. tam tam aku amik. sebenarnya hanya itu yang ada. fikir 2x tak kan kucing makan meggy mahupun milo sama teh juga nutella. biskut jajan lainnya suma sudah tiada.

buka sahaja pintu bilik kembali, si kecil kucing berlari terlompat-lompat ke dalam. "weh, janganlah masuk. janganlah masuk. nanti tak tau nak keluarkan". fikir balik rasa celaka juga bercakap dengan kucing. macamlah dia paham. (tapi aku percaya dia paham). si ibu menunggu setia di depan pintu walhal si anak tersipu-sipu malu berlari sana sini menyorokkan diri. ada hati nak masuk loker aku.

"nah amik nieh.."
tam tam aku sua 3biji

datang dekat hidu-hidu lalu undur ke belakang dan menyorok kembali. 


"tak suka ke? orang ada nieh je.. habis tuh nak makan apa? roti mahu ke?" again, bodoh benar eleyana ali ngomong sorang diri.

pintu aku buka kembali. si ibu bersegera mahu melangkah masuk tapi aku halangi dengan menghentak-hentakkan kaki. si kecil kucing aku meow kan 3,4 kali mengajak ke luar. (ya, eleyana ali tak pandai pegang kucing. pengecut)

tam tam masih aku offerkan lagi. pada si ibu pula kali ini. si ibu tak banyak bunyi. hidu 2,3 kali. ditundukkan kepala lantas dikunyahnya perlahan. maka duduklah aku bersila dihadapan pintu bersama keduanya. si kecil comel masih malu2 kucing (owh kamu memang kucing), walaupun pada dasarnya aku kira dia memang tiada suka sama itu tam tam. dan sekarang hanya si ibu yang melahap kerakusan.

wanie pulang. kubilang mereka lapar. wanie keluarkan keropok putih lantas dihancurkan menjadi cebisan kecil. diletakkan di atas kertas. dihidu. tetapi kembali memaksa diri menelan butiran tam tam. manakala si anak memandang malu-malu dengan perut kelaparan.


wanie yang waktu itu turut membawa pulang nasi air untuk dimakan, mengeluarkan bilis2 goreng untuk si kucing2. demand. ikan bilis makan pula. species korang nieh memang suka ikan kan. no wonder ikan di laut tak pernah surut. kalau korang boleh menyelam, laut sekadar tinggal sotong kurita barangkali. ikan bilis 7,8  ekor limited edition itu lesap dalam sekelip mata. mengiau. masih lapar aku pasti.

"jomlah as kita turun beli ikan bilis dekat makcik kasik dorang" bilang wanie.

5minit kemudian,

"makcik, nak beli ikan bilis sikit boleh?. kucing laparlah. kesian dorang takde makanan"
"boleh.boleh", lebih kurang gitu makcik bilang.
"tulang ayam nak tak tulang ayam? tanya makcik.
"kucing makan ke tulang ayam?", pertanyaan bodoh dari kami.
"eh kucing mesti makan punya", bilang makcik penjual nasi air sambil tangan mengambil 2,3ketul tulang ayam.

melangkah ke bilik, sepertinya si kucing-kucing itu sudah tiada. sunyi sepi. 
rupanya menunggu di alas kaki bilik hadapan, dilihatnya kami, lantas menerpa happy seolah tahu rezeki!! rezeki!!

eh malaslah nak taip lagi. mengantok. 

penutupnya, bilis goreng beserta tulang-tulang ayam 50sen itu habis ditelan si kucing2 montel kecomelen. sekarang depan pintu bilik kitorang 3,4 ekor kucing lain sama ha tumpang sekaki. apa citer?? 

p/s: kalau aku ada sardin mesti aku tolong masakkan korang. sardin makan tak sardin?? kah3x

Happy holiday!!

Esok Jumaat. Hari terakhir untuk penggal pertama semester kelima. So, ini kira summary for the past few weeks la. cerita basi. tengok gambar dan pandai2lah godek entry lama untuk event apa yang berlaku sebenarnya. selamat bercuti!!



























I just love this


Test yang bersusun. mentally exhausted. I search for inspirational video. yes elia ali did search for that and she loves doing that. its quite inspirational.