Bodoh yang sekejap


Bosan.. Then tengok cerita nieh..






Terasa bodoh sekejap..

T_______________T

Cara Mengatasi Malas

Ada satu tahap dimana aku mengalami tahap kemalasan yang amat. Sifat malas yang aku benihkan dalam diri tatkala hingus masih meleleh di usia belasan tahun sungguh aku masih terbawa-bawa hingga kini. Hanya orang yang pernah malas mengerti betapa susahnya mengubah sikap malas ini.

Tatkala hati mula gelisah bilamana masa terbuang sia-sia dengan perkara-perkara yang cukup lagha, tugasan menimbun di belakang sana dan tanggungjawab menuntut ilmu serta harapan ibu bapa dikendong sama, maka aku cuba berlari keluar dari nafsu malas yang sudah merajai jiwa.

Mr Google aku godek2, aku belek2, mencari hidayah dan motivasi diri. Cukup dengan keyword, "Cara Mengatasi Malas", beberapa tips sudah mampu aku simpan kemas. Antaranya:

  1. Bacaan doa mengatasi malas di dalam Al-Mathurat
  2. Teknik 5minit / teknik 5 soalan (bilamana tengah study dan mula rasa malas, maka paksalah diri untuk selesaikan sekurang-kurangnya lagi 5 soalan, kemudian berhentilah)
  3. Bahagikan tugas kepada skop kecil dan selesaikan satu persatu etc
Siapa sangka pada usia As Eleyana Ali 21 dia masih lagi bernafsu untuk google isi-isi penting karangan SPM. Sigh.. Dan sungguh aku benar-benar buang masa kerana tiada satu pun yang melekat di jiwa melainkan doa. 

Muak dengan points yang makinlah irritate aku kira, facebook aku buka. Dan kosong. Tiada satu pun yang menarik melainkan satu album awek yang sekali aku pandang, wohaa!! manisnya.. Dengan sifat lesbian seperti yang mereka kata, maka habislah setiap keping gambar di dalam albumnya aku bogelkan satu persatu. Hinggalah ke gambarnya yang terakhir.. yang terakhir..

Lappy aku off serta merta. Tuala aku capai. Bersihkan diri.
Usai saja solat buku MEB aku buka. 
Sungguh hilang semua sikap malas yang ada. Maka separuh juga dari puluhan soalan tutorial 2 mampu aku selesaikan malam itu.


My dad once said,
In life, girls have 2 things to offer to others.

Either the beauty or the brain..
(which is he is trying to said that his daughter is some sort of ugly,
oh dad, u know what, truth is hurt.. sob3..)

Earlier, that girl in fb is so beautiful and sweet. She got the beauty and if compared to her i guess i am nothing but a beast.

With no word but a compilation of pictures, it just make me think..







Should't at least i got the brain when i got no beauty to offer??




Thanks to that girl, ur beauty really motivate me. Har..har..har..

Putrajaya

Sabtu lepas aku ke Putrajaya bersempena dengan program himpunan sejuta belia 2011 di bawah sekretariat rukun negara ump. Menarik. Tapi tiada apa yang boleh aku kongsikan. Kosong. Sekeping gambar untuk tatapan sendiri pun tiada. 

Dan aku kira aku syok sendiri di sini. Tak apalah.. Sedikit tinta untuk kenangan sendiri. Pertama kali aku kira menjejakkan kaki ke Putrajaya bilamana aku sendiri tidak pernah mampu mengimbau kembali kali pertama aku menjejakkan kaki ke sana. Oh kesian kan..

Oh ye, tandas convention center Putrajaya cantik dan canggih juga aku kira sehingga berjaya membuatkan kawan aku menahan bahan buangannya berjam-jam lamanya. Pusingkan kepala paip tanpa paip, dan air akan terus memancut dari belakang. Maka jika mahu berak, mengadaplah ke hadapan manakala jika mahu kencing mengadaplah ke belakang membelakangkan pintu. Apa kes aku cerita bab berak di sini. Jakunnya!!