Raya 2013

Raya paling meriah. Untuk pertama kali family aku semua ada masa raya. 27 persons in the house. Bangun awal. Tapi pukul 11 pagi ada yang pakai towel tunggu turn untuk mandi lagi. Aku sampai malam raya. Persiapan raya di rumah aku tak terlibat. Hilang satu nikmat. Kalau dulu sambil kemas rumah dan buat kuih sambil dengaq Zharif pasang lagu raya kuat-kuat. Tapi tahun nieh tak dapat.Takdok gambaq mak kukoq nyoq dan balot ketupat. 

Raya pertama buat nasi pelangi dan tomato sama ayam masak merah dan daging kicap. Ada ketupat dan rendang. Selebihnya biskut raya buatan tangan. Tema keluarga baju warna ungu. Tapi macam biasa, bila berkumpul tak akan ada peluang untuk bergambar penuh satu keluarga. Ayah bagi duit raya. Mak bagi duit raya. Kakak bagi duit raya. Bangcik pun bagi duit raya. Budak-budak datang kemain ramai tak putus-putus. Mana taknya, sekali datang boleh dapat 6 ke 8 ringgit sorang. Raya tahun depan mungkin turn aku pula untuk tambah rm2. lol. Yang pasti seronok bila tengok atas meja bersepah-sepah cupcakes biskut yang dorang makan, dan balang biskut tinggal habuk dan kena refill semula. Petangnya ikut kakak ngan abg rafi photoshoot dekat ladang tebu dan kayu api boiler kilang gula. Kah3x.










Raya kedua pergi rumah pakcik non dekat Baling untuk visit Tok. Satu-satunya tok yang masih ada. Dah terbaring atas katil. Sedih. Kali terakhir jumpa sihat boleh berjalan lagi. Masa sangat cepat berlalu kan. Dekat sini finally jumpa biskut samprit. Dan makan lemang. Then konvo lagi ke rumah Long di Bukit Mertajam. Pukul 12 malam sibuk telan nasi daging sama ayam dan kambing lagi. Sampai rumah pukul 3 pagi.

Raya ketiga by noon kawan-kawan lama sek rendah datang mengejut. Aku masih pakai seluar tido dengan tshirt burok. Jamu dorg laksa dan biskut raya. Then dorg balik mula prepare untuk BBQ. Geng Jenan ajak pergi raya Jenan waktu malamnya. Tapi aku pilih untuk BBQ and gather terakhir ramai2 dengan family. It was the best moments ever. Ayah seludup mercun dan bunga api satu bonet kereta. Tak terkira berapa puluh das tembakan bunga api dekat langit malam tuh. 2 jam lebih bunyi mercun secara berterusan. Mercun lada, mercun mancis, mercun papan, mercun bola, mercun roket, bunga api. Aish2.










So kepada semua, minta maaf kalau ada mengata dan mengumpat dekat belakang. Kalau ada terambil atau termakan apa-apa tanpa kebenaran. Minta dituntut kalau aku berhutang dan minta dihalalkan apa yang tak mampu aku pulangkan. Moga bertemu lagi Ramadhan dan Syawal tahun depan. InsyaAllah. 

8 megapixel punya kamera adik gua kata.
muka hitam jadi putih bercahaya wooo. kasik chance la. haha

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

19 hb mula

Terima kasih mak ayah abang, kakak, adik keluarga semua. Tak lupa Siti, Shima, Shiela, Dila, dan Senior Jeb untuk segala tips interview di blog dan wish di phone. Gua tak boleh nak post status di facebook macam kawan-kawan gua. Nak kecoh-kecoh dekat phone pown belom masanya. Selepas 2 bulan, kalau rezeki gua masih disana, gua open table kepada kalian secara berperingkat ya. Doa-doakanlah. Dila ajak duduk rumah dia di TTDI. Jauh ke dekat ya dengan seksyen 23?

Naruto ternyata membantu. lol.

Interview Pertama

tadi waktu interview, panel ada tanya. Soalannya kira-kira beginilah.

"Apa pandangan awak tentang cara hidup, budaya dan cara bekerja masyarakat Jepun?"

Dan aku pun jawab,

"Pada pandangan saya, masyarakat Jepun adalah masyarakat yang sangat suka pada ilmu dan perkongsian ilmu. Ambil contoh kartun anime Jepun, Naruto. Bila masa saja mereka mahu bunuh pihak lawan mereka, mereka masih suka untuk berkongsi dan bertukar ilmu dengan menceritakan skill ninja masing-masing kepada pihak lawan. sehingga nyawa hampir dihujung, perkongsian ilmu itu masih berlaku."

Aku nampak interviewer lelaki itu kerut dahi dan pandang aku lama. Dan kedua-dua panel Chinese di sebelah tunduk ketawa. 

Dan aku pun turut sama tunduk kepala. Diam. Hilang kata.

Malu sungguh.
Sampai sekarang tak hilang lagi.