Just keep on swimming

Just keep on swimming, swimming swimming...
Dalam Finding Nemo, itu yang Dory nyanyi.


Just keep on swimming, swimming,swimming...
You swim when you want, swimming swimming swimming..
Entah ungkapan yang berapa kali berulang dalam fikiran.
Tiada lain hanyalah ungkapan kekuatan pada diri sendiri
Tatkala mula merasa letihnya belajar dan seolahnya mahu berhenti.
Just keep on moving, moving, moving Yana.
Letih sekarang nanti-nanti boleh berehat panjang.
sabtu mahu keluar makan-makan dan wayang.
minggu yang benar-benar panjang.
penat.

Mendoakan keselamatan saudara di Indonesia dan utara malaysia sana. Moga diberi perlindungan. Khabarnya gempa kuat dan amaran tsunami juga sudah dikeluarkan. Lindungilah kami Ya Tuhan.

Burn the midnight oil



Pukul 2.15 pagi gua gigih derive equation untuk soalan assignment gua yang gua ingat kena hantar esok pagi.Yang mana tentulah gua dah spent masa cukup lama dan masih belum dapat jawapannya. Gua memang benci derive2 nieh.

Dan gua rasa celaka tak buka fb lebih awal. Lebih celaka sebab gua rasa gua ada je dalam kelas replacement last time. Apsal gua tak dengar pun esok pagi tak ada kelas dan tak perlu hantar assignment lagi??

Gua nak g tido nieh. Esok gua test process dynamic and control. 6 chapter. Gua baru terhegeh-hegeh nak faham Laplace, ODE, transfer function jadah mak nenek lagi. tolak tambah huruf abc yang entah untuk apa pun gua tak tahu.

Ok lah. Gua nak tidur nieh. Esok hari gua akan jadi panjang lagi. Sebenarnya esok kena submit proposal thesis. Tapi gua tak settle 2 chapter lagi. Lusa tulat la gua hantar. Harap sv mahu terima lagi. Macam celaka juga bila tangguh kerja tak selesaikan habis semua masa cuti. Sabor jelah anak Ali oi.

Pen off..

Sunyi

"tempat kegemaranku adalah.. di sisimu!"
(berlatarbelakangkan burung hantu 2 ekor tengah bergesel-gesel di bawah bulan)

"kita tidak mewarisi bumi. kita hanya meminjamnya dari ganerasi akan datang. sokonglah EARTH HOUR. 31 March 2012. padamlah lampu anda dari 8.30 pm hingga 9.30pm"

syukur ada mms free dari maxis. berbunyi juga sekurangnya telefon nieh. 
tak suka balik rumah. meriah. tetapi bila masuk bilik, mula rasa sunyi. 

tengok yuna bawa family makan angin di europe,
tengok yasin jalan-jalan ke manchester dan liverpool,
tengok rakan-rakan jalan-jalan ke turki dan tanah arab,
baru tersedar semula perjalanan hidup masih panjang. malah masih banyak impian yang perlu dikejar.

orang sudah jauh berjalan, aku masih disini dengan rungutan basuh baju berbaldi-baldi. malu sendiri.

buka thesis Dr Ridza. Di ruangan bibliography, aku perhatikan conference presentationnya banyak sekali. Berlin, Germany, Italy, China, USA, etc. 

Indahnya menuntut ilmu. Lebih-lebih lagi jika besar sumbangannya pada ummah. Sedikit sebanyak semangat itu datang kembali. Persetankan rasa sunyi. Masih banyak sisi kehidupan lain untuk dihargai bukan? Cita-cita yang perlu dikejarkan. Apa sangat ada pada kesunyian. 

Tak apalah. Sekurang-kurangnya kesunyian itu mengajar aku untuk lebih menghargai kegembiraan bukan?. 

Masih ada tiga hari di rumah. Masih ada masa untuk aku hargai peluang bersama keluarga. Masih ada masa untuk habiskan segala kerja. Masih ada masa untuk menelaah Process Control Dynamic yang sangat susah untuk aku digest, entah kenapa. Sabar. 

Ya Allah, tambahkan ilmuku. Moga ilmu yang kupelajari, dan thesis yang aku bersusah fahami dan cuba aku mulai, memberi sumbangan pada ummahMu dan dan membantu agamaMu secara keseluruhan. Amin.